Selangor mencatat kes keganasan rumah tangga tertinggi iaitu sebanyak 91 kes (27 peratus) daripada 340 kes yang dilapor ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari awal tahun ini sehingga Jun lepas.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, Pahang pula berada di kedudukan kedua dengan 56 kes (16 peratus) diikuti negeri Kedah sebanyak 34 kes (10 peratus).
Menurut beliau, daripada jumlah tersebut 316 mangsa adalah perempuan dan 24 kes adalah lelaki.
“Bagi menangani isu keganasan rumah tangga, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil tindakan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521].
“Menerusi akta ini, kerajaan memperuntukkan perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
“Tindakan segera akan dijalankan bersama agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), mahkamah dan agensi yang berkaitan bagi memastikan segala bentuk keganasan rumah tangga dapat dibendung,” katanya.
Hannah berkata demikian semasa menjawab soalan Natrah Ismail (PH-Sekijang) yang mahu KPWKM menyatakan statistik mangsa keganasan rumah tangga di seluruh negara.
Hannah sebelum ini dilaporkan berkata, sebanyak 83 peratus daripada 309 kes keganasan rumah tangga yang berpunca daripada penagihan dadah antara tahun 2015 hingga tahun lalu membabitkan mangsa wanita.
Statistik oleh JKM mencatatkan 3,573 kes keganasan rumah tangga secara keseluruhan dengan pelbagai faktor dalam tempoh yang sama.
Enam faktor utama daripada 25 faktor berlakunya keganasan rumah tangga adalah perselisihan faham iaitu sebanyak 692 kes, panas baran (658 kes), masalah kewangan (327 kes), cemburu (312 kes), penagihan dadah (309 kes) dan campur tangan pihak ketiga (177 kes).
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 21 2019
![Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi - Hannah Yeoh Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540387972_Hannahyeoh.jpg)
Menurut Hanna, daripada 340 kes keganasan yang dilaporkan, 316 mangsa adalah perempuan dan 24 kes merupakan lelaki.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689230353_HannahYeoh.jpg)
KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
![Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi - Hannah Yeoh Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540387972_Hannahyeoh.jpg)
Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi - Hannah Yeoh
Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi iaitu sebanyak 91 kes daripada 340 kes yang dilapor ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
![Kerajaan kaji pinda Perlembagaan beri keadilan isu kewarganegaraan Kerajaan kaji pinda Perlembagaan beri keadilan isu kewarganegaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71551178903_hannayeoh.jpg)
Kerajaan kaji pinda Perlembagaan beri keadilan isu kewarganegaraan
Kerajaan sedang mengkaji untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapatkan status kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara
![Ramai suami isteri di Malaysia enggan tambah jumlah anak Ramai suami isteri di Malaysia enggan tambah jumlah anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562828926_TBfamily.jpg)
Ramai suami isteri di Malaysia enggan tambah jumlah anak
SEBILANGAN besar pasangan suami isteri di negara ini dikesan tidak berhasrat untuk memiliki ramai cahaya mata sedangkan usia mereka masih muda.