SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kaedah penanaman padi yang terbaik bagi membantu pesawah di utara negeri itu meningkatkan hasil tuaian tanaman mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata susulan itu, beliau telah bertemu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu semalam bagi membincangkan kajian semula kaedah penanaman padi.
Katanya walaupun tanaman berkenaan merupakan antara yang paling banyak menerima subsidi, tetapi hasilnya sangat mendukacitakan.
"Perkara itu boleh dilihat antaranya hasil tuaian padi di Sekinchan yang menurun hampir 50 peratus daripada lapan tan kepada 4.6 tan pada musim lepas dan penurunan itu juga didorong oleh faktor penyakit.
"Jadi, kita perlu teliti semula kaedah terbaik untuk menguruskan tanaman padi yang merupakan makanan ruji kita," katanya selepas merasmikan kerja pecah tanah untuk projek di bawah Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASUD) di bawah seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat.
Mengulas berhubung perbincangan baik antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berhubung peruntukan RM10 juta, Izham berkata tindakan berkenaan sudah semestinya membantu golongan pesawah.
"Kita selalu cakap pertanian ini satu perniagaan, tapi kalau setiap musim pesawah asyik rugi dan bankrap, mereka akan berhenti menanam padi kerana tidak tahan dengan kerugian yang dialami.
"Jadi pada saya ia satu permulaan yang bagus, untuk kita agihkan (peruntukan RM10 juta kepada pesawah)," katanya.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan telah mengadakan perbincangan baik dengan Syed Mokhtar berhubung isu monopoli import beras yang dikuasainya dan tokoh korporat itu bersetuju memberi balik RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan kepada petani.
Terdahulu, Izham berkata projek SASUD di bawah seliaan MBSA ini akan menggunakan pam berkapisiti tinggi yang mampu mengepam air sebanyak satu meter padu persaat, melibatkan pembinaan rumah pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 serta kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022
Izham Hashim (tiga, kiri) pada Majlis Pecah Tanah Projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam di Taman Sri Muda. Turut hadir, Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid (dua, kiri). - Foto BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Kaedah penanaman padi di Sekinchan diperluas ke kawasan lain - Amirudin
Kaedah penanaman dan penjagaan padi di Sekinchan, Sabak Bernam akan diperluas ke kawasan penanaman padi lain di Selangor.
Selangor akan kaji semula kaedah menanam padi, bantu pesawah
Tanaman berkenaan merupakan antara yang paling banyak menerima subsidi, tetapi hasilnya sangat mendukacitakan.