KUALA LUMPUR: Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah.
Anugerah itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini pada Sabtu.
Penganugerahan itu bagi mengiktiraf kanak-kanak yang menunjukkan keberanian dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia, harta benda atau tindakan dengan elemen keberanian dan luar biasa sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.
Menurut JKM, Muhammad Danish Rayqal menyelamatkan dua adiknya iaitu Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4, dengan mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong.
Tiga kanak-kanak itu kemudian berjaya diselamatkan jiran mereka.
Muhammad Danish Rayqal ketika ditemui berkata dia tidak ingat sepenuhnya kejadian itu namun gembira kerana berjaya menyelamatkan adik-adiknya.
"Tak tahu nak buat apa-apa (ketika kejadian) tetapi pergi ke belakang (rumah) minta tolong orang... jiran tolong," katanya yang gembira menerima anugerah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022
Anugerah itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022. - Foto Facebook/Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Kepimpinan Prabowo dijangka perkukuh produk minyak sawit
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Ribuan warga Perancis protes Parlimen gantung di Paris
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluang paling kanan, selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
PM Perancis akan serah peletakan jawatan pada Isnin
Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Selamatkan adik dalam kebakaran, Muhammad Danish Rayqal dianugerah Pingat Hang Tuah
Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah.