Ekoran cubaan rampasan kuasa di Turki dan zon larangan terbang di negara itu, sekurang-kurangnya 127 rakyat Malaysia disahkan terkandas di dua lapangan terbang di negara berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata 27 rakyat Malaysia daripada Yayasan Islam Kelantan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, manakala lebih 100 orang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa di Ankara untuk transit selepas mengerjakan umrah.
Katanya kebanyakan mereka yang terkandas ini sama ada dalam transit ke negara ketiga seperti Mesir atau singgah selepas mengerjakan umrah.
"Ini jumlah yang kita tahu setakat ini (12 tengah hari waktu Malaysia)...mereka terkandas selepas zon larangan terbang dibuat di seluruh negara dan penerbangan dibatalkan," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) ke-11 yang berakhir di sini hari ini.
Menurut beliau, Wisma Putra akan melakukan penyelarasan dengan Kedutaan Malaysia di Ankara untuk memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di sana terjaga.
Kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.
Zahid juga menasihatkan rakyat Malaysia, termasuk pelajar di Turki, agar tidak keluar rumah untuk menjaga keselamatan masing-masing.
"Mereka harus mengikuti arahan kedutaan Malaysia di sana. Pegawai akan menghubungi mereka, kalau tak dihubungi pun mereka harus menghubungi kedutaan," kata timbalan perdana menteri.
Berikutan keadaan yang bergolak dan zon larangan terbang di Turki, Zahid meminta rakyat Malaysia yang bercadang pergi ke negara itu menangguhkan atau membatalkan rancangan mereka buat masa ini.
Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) pula menyatakan di laman Facebook bahawa ia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu setelah selesai mengemas kini maklumat pelajar-pelajar dan menunggu kenyataan rasmi bahawa percubaan untuk menggulingkan kerajaan telah gagal.
"Diharapkan semua berhati-hati dalam memilih berita dan merujuk kepada portal-portal tempatan (di Turki) yang boleh dipercayai," kata MASAT.
Bernama
Sat Jul 16 2016
![Sekurang-kurangnya 127 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang Turki - Zahid Sekurang-kurangnya 127 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang Turki - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41468646089_Turkey.jpg)
Orang ramai turun ke jalanan di Ankara, Turki menentang cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera negara itu pada 16 Julai, 2016. Foto AFP
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696154664_TurkeyExplosion.jpg)
Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.
![Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696216368_Turkish.jpg)
Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Kementerian itu juga mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK.
![Serangan pengebom bunuh diri berhampiran bangunan KDN Turki Serangan pengebom bunuh diri berhampiran bangunan KDN Turki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696154664_TurkeyExplosion.jpg)
Serangan pengebom bunuh diri berhampiran bangunan KDN Turki
Satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turki di daerah Kizilay di tengah Ankara, lapor Sputnik memetik laporan CNN Turk pada Ahad.
![Ankara keluar amaran gelombang haba Ankara keluar amaran gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/81522942936_Ankara.jpg)
Ankara keluar amaran gelombang haba
Perkhidmatan Meteorologi Turkiye (MGM) mengeluarkan amaran kepada penduduk di 49 wilayah di negara itu supaya berhati-hati ekoran suhu tinggi akibat gelombang haba yang tidak normal.
![Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686388963_explosion.jpg)
Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye
Sekurang-kurangnya lima pekerja terbunuh dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kilang roket dan bahan letupan di Ankara pada awal pagi Sabtu.
![Siapa pun yang menang pilihan raya, Ankara tetap teruskan hubungan strategik dengan Moscow Siapa pun yang menang pilihan raya, Ankara tetap teruskan hubungan strategik dengan Moscow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683970335_OzturkYilmaz.jpg)
Siapa pun yang menang pilihan raya, Ankara tetap teruskan hubungan strategik dengan Moscow
Turkiye akan mengekalkan hubungan strategik dengan Rusia tanpa mengira keputusan pilihan raya presiden dan parlimen yang akan datang.
![Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664433540_TayyipErdogan.jpg)
Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman
Wakil Presiden Jerman, Bundestag Wolfgang Kubicki yang menggelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai tikus longkang'.
![Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661306273_ErdoganAbbas.jpg)
Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan
Erdogan memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang.