KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya, 10 syarikat besar negara sedang meneliti kemungkinan untuk melabur secara besar-besaran di dalam projek pembinaan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur yang dinamakan, Nusantara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, menyaksikan sembilan syarikat besar dari Semenanjung dan satu dari Sarawak masuk untuk mengkaji dan meneliti kemungkinan pelaburan berkenaan.
"Dengan rundingan kita bersama kerajaan Indonesia baru-baru ini, beberapa syarikat lain juga terlibat, TNB (Tenaga Nasional Berhad), Telekom (Telekom Malaysia Berhad), sekurang-kurangnya 10 syarikat.
"Tapi dalam hal ini saya beritahu Premier Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) kerana Sarawak lebih dekat dan mendahului, jadi ia akan diselaraskan bersama kerajaan Sarawak supaya lebih bermanfaat," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai sejauh mana penglibatan syarikat Malaysia dalam pembinaan ibu negara baharu Indonesia dan juga kawasan industri di Kalimantan, pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan juga pada masa sama sedang meneliti kemungkinan jalinan kerjasama melibatkan universiti, golongan belia, badan Islam, kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan di kawasan terlibat.
"Belum ada perancangan lebih aktif, tetapi saya percaya berdasarkan perkembangan pertumbuhan dan penyediaan IKN Nusantara itu maka harus kita teliti kemungkinan kerjasama itu," katanya.
Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai persediaan kerajaan untuk keterlibatan masyarakat di Sabah dan Sarawak dengan pembangunan di Nusantara selaku ibu negara baharu Indonesia.
Perdana Menteri berkata sinergi kerjasama antara Malaysia dan Indonesia berkait pembangunan ibu negara baharu Indonesia itu akan menguntungkan kedua-dua negara.
"Jokowi (Presiden Indonesia) juga maklum pada saya di antara negara ASEAN, Malaysia antara yang terkedepan dan aktif dalam kerjasama ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023

Anwar ketika sesi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.

Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.

MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.

Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.

Maybank teraju syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara
Malayan Banking Bhd menduduki tempat ke-17 dengan pendapatan sebanyak US$14.15 bilion sekali gus menerajui syarikat-syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara untuk 2024.

Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul
Potensi eksport RM2.4 bilion daripada Kazakhstan dan Uzbekistan menandakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.

Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu
Katanya, Matrade telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan usaha memperoleh pasaran baharu untuk diterokai syarikat Malaysia.

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

Duta besar galak syarikat Malaysia melabur di Kalimantan Timur
Beliau berhasrat meneroka peluang mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia dalam rangka kerja ASEAN.

Jawatankuasa teknikal ditubuh lindungi syarikat Malaysia dalam sektor komoditi - Johari
Jawatankuasa teknikal akan memastikan syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor tersebut dapat jalankan perniagaan tanpa sebarang halangan.