KOTA KINABALU: Enam pelajar perempuan dan seorang bekas pelajar dari sebuah sekolah menengah di Inanam ditahan polis selepas video mereka membelasah seorang pelajar lain tular di media sosial sejak malam Jumaat.
Semua individu berusia antara 13 hingga 17 tahun itu ditahan pada jam 11.52 malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu sejurus laporan polis dibuat oleh bapa mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, susulan laporan berkenaan polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu.
"Seramai enam pelajar dari sekolah yang sama dan juga seorang remaja berusia 17 tahun yang juga merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Zaidi menegaskan bahawa polis memandang berat kes berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli dan atau kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah di daerah ini.
"Polis Kota Kinabalu juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman video yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa," katanya.
Sebelum itu, tular satu video berdurasi 21 saat di aplikasi WhatsApp dan Facebook yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membelasah seorang pelajar lain di sebuah kawasan lapang.
Tindakan mereka menumbuk dan menendang pelajar terbabit turut mendapat kecaman daripada warganet. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 09 2022
![Sekumpulan pelajar perempuan ditahan kes pukul, buli Sekumpulan pelajar perempuan ditahan kes pukul, buli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657341600_TBbuli.jpg)
Rakaman video menunjukkan mangsa ditendang dan dipukul dalam kejadian pergaduhan membabitkan pelajar sekolah di Inanam. - Foto Sinar Harian
![Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025 Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677759533_AeroTrainAerotrai.jpg)
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
![Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
![Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721186039_tbpekerjawargaasin.jpg)
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Makan enam ubat punca lelaki mengantuk, pandu lawan arus Makan enam ubat punca lelaki mengantuk, pandu lawan arus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720848832_tbmemanduberbahaya.jpg)
Makan enam ubat punca lelaki mengantuk, pandu lawan arus
Seorang lelaki ditahan selepas memandu dalam keadaan berbahaya secara melawan arus di Jalan Ayer Hitam-Kluang di sini baru-baru ini.
![Kumpulan baju hitam bersih longkang tersumbat tepi jalan Kumpulan baju hitam bersih longkang tersumbat tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720500723_Kumpulanbajuhitam.jpg)
Kumpulan baju hitam bersih longkang tersumbat tepi jalan
Sekumpulan lelaki berbaju hitam dilihat membersihkan longkang tersumbat dipenuhi semak samun di tepi jalan besar berhadapan sebuah pusat membeli-belah di sini mendapat pujian netizen.
![Tergamak pukul ibu kandung depan jiran Tergamak pukul ibu kandung depan jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720311000_pukulibuLangkat.jpg)
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
![Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720228883_Minum.jpg)
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
![Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720088707_deraanjing.jpg)
Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar
DVS telah merekodkan keterangan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.
![Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing? Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719994639_TBDeraAnjing.jpg)
Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?
Perbuatannya sempat dirakam saksi yang kemudian memuat naik video berkenaan dan merayu agar haiwan malang itu segera diselamatkan.
![Kisah imam kampung fasih bahasa Jepun Kisah imam kampung fasih bahasa Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719982618_MatYamanMatYasin.jpg)
Kisah imam kampung fasih bahasa Jepun
Seorang imam di Kampung Layat, Jeli yang fasih berbahasa Jepun mempraktikkan bahasa berkenaan dengan bercakap bersama rakan dan menterjemah semula bahasa itu untuk kefahaman mereka.
![Bapa tengking guru tak puas hati rambut anak dipotong Bapa tengking guru tak puas hati rambut anak dipotong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719981915_rambutanakdipotong.jpg)
Bapa tengking guru tak puas hati rambut anak dipotong
Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.
![27 tahun terpisah, wanita syukur dapat peluk ibu kandung 27 tahun terpisah, wanita syukur dapat peluk ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719633358_tbterpisah.jpg)
27 tahun terpisah, wanita syukur dapat peluk ibu kandung
Hampir tiga dekad terpisah dengan ibu kandung, seorang wanita tidak menyangka akhirnya dapat memeluk dan mencium ibu yang melahirkannya.
![Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719578842_TBkemalangan.jpg)
Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan tiga perempuan berusia 15 hingga 39 kini menerima rawatan di Hospital Temerloh.