KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) menyeru agar kerajaan terutama Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dapat meluluskan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh secepat mungkin.
Jelas Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid, kekurangan tenaga kerja khususnya sektor perladangan mengakibatkan kerugian mencecah RM1 bilion setiap hari.
"Ekoran daripada itu, banyak pekebun pekebun kecil Bumiputra telah mengalami kerugian yang amat besar kerana kekurangan pekerja yang sesuai untuk menjalankan aktiviti memotong dan mengutip buah kelapa sawit.
"Sektor ekonomi yang paling terjejas ialah sektor perladangan di mana menurut kenyataan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada bulan Feburari 2022, sebanyak RM1 bilion hilang setiap hari di negara ini.
"Ini kerana buah kelapa sawit tidak dapat dituai mengikut masa yang sepatutnya akibat kekurangan pekerja asing yang telah pulang ke negara mereka dalam tempoh tiga tahun lalu," jelasnya.
Tambahnya, bagi memastikan isu kekurangan pekerja asing terutama dari Bangladesh, PAPSMA turut mencadangkan agar peluang membawa masuk pekerja harus diberikan kepada semua ahli Pertubuhan Ejen Rekrutment Antarabangsa Bangladesh (BARIA).
"PAPSMA memohon jasa baik Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing yang akan bersidang untuk meluluskan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh melalui dasar dan polisi kerajaan Malaysia.
"Peluang untuk membawa masuk pekerja ini haruslah meliputi kesemua ahli-ahli BAIRA (Pertubuhan Ejen Rekrutment Antarabangsa Bangladesh) dan bukan hanya segelintir agensi seperti yang dilaung-laungkan baru-baru ini," jelasnya lagi.
Justeru, ujarnya, PAPSMA mengharapkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dapat melihat isu itu agar diselesaikan sekali gus memudahkan pemain industri merancakkan lagi ekonomi domestik.
"Kami adakan sidang media ini untuk membuat rayuan kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas permasalahan kita hadapi dalam pemilihan agensi daripada pengrekrutan pekerja Bangladesh di Malaysia.
"Perdana Menteri mempunyai wawasan terutama tiga minggu lepas, apabila mengumumkan penghapusan AP makanan, itu langkah berani bagi menangani pemasalahan inflasi menghantui rakyat Malaysia ketika ini.
"Jadi kita harap ihsan pucuk pimpinan sebegini untuk selesaikan isu ini," katanya lagi.
Sementara itu, bagi Setiausaha Agung PAPSMA, Dr Sukumara Nair pula berpendapat, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Ia termasuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat agensi pekerjaan berlesen C di negara ini untuk menjalankan urusan berkenaan dengan lebih efektif.
"Kami dari sektor perniagaan yang diberikan lesen oleh kerajaan, kami diminta untuk berurusan dengan agensi rekrut dari luar negara.
"Tetapi saya lihat di sini seolah-olah Kerajaan Malaysia juga berminat untuk berurus niaga dengan agensi rekrut luar negara.
"Kami menjadi keliru dan apa gunanya kami diberikan lesen sebagai pemain industri, peneraju pasaran yang boleh jalankan urusan ini dengan lebih efektif," katanya.
Justeru, PAPSMA merayu agar tindakan itu disegerakan dalam mengelakkan lebih banyak kerugian terpaksa ditanggung pemain industri di negara ini akibat kekurangan tenaga kerja asing.
"Apa yang PAPSMA mahu suarakan kepada kerajaan agar dapat memberikan keutamaan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran seperti kami di luar sana.
"Kebanyakan majikan yang inginkan pekerja asing melalui kami, kami mudahkan urusan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan.
"Terbaharu, sejak dua bulan lalu, kelulusan telah diberikan. Tetapi dilihat seperti persefahaman antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) belum lagi selesai sepenuhnya," katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan telah mengadakan lawatan serta mesyuarat pertama Kumpulan Kerja Bersama (JWG) ke Bangladesh bagi membincangkan isu terbabit.
Difahamkan negara berdepan kekurangan melebihi 2 juta pekerja asing dalam pelbagai sektor khususnya perladangan, pemnbuatan, perkhidmatan dan sektor 3D (Kotor, Bahaya dan Sukar).
Fareez Azman
Mon Jun 06 2022
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid merayu agar isu kemasukan pekerja asing dari Bangladesh dapat diselesaikan secepat mungkin. - Astro AWANI/Shahir Omar
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
PAPSMA bantah monopoli agensi pekerjaan bagi eksploitasi pekerja asing
PAPSMA membantah monopoli agensi melalui sistem digital sedia ada dengan menggunakan sindiket yang terdiri daripada agensi-agensi pekerjaan negara tertentu bagi eksploitasi kemasukan pekerja asing.
Kerajaan ambil langkah bijak benarkan kemasukan pekerja asing dari 15 negara - PAPSMA
PAPSMA menyifatkan Kerajaan membuat langkah bijak dan positif selepas membenarkan kemasukan pekerja asing dari 15 buah negara sumber serta menyambung program kalibrasi semula pekerja sedia ada.
PAPSMA gesa kerajaan siasat ejen pengambilan pekerja asing dari luar negara
Pelbagai tawaran dijanjikan membuatkan ada majikan terpedaya sedangkan prosedur daripada kerajaan biasanya mengambil masa.
Sektor perladangan rugi RM1 bilion sehari kerana kekurangan tenaga kerja Bangladesh - PAPSMA
Buah kelapa sawit tidak dapat dituai mengikut masa yang sepatutnya akibat kekurangan pekerja asing.
PAPSMA tolak monopoli dalam pengambilan pekerja asing
PAPSMA lega apabila kerajaan menghentikan sementara sistem digital pengambilan pekerja asing.
PDI: PAPSMA mahu sistem telus, lancar dalam merekrut pembantu rumah Indonesia
Majikan di Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui proses, pembayaran, jaminan dan penggantian melibatkan pengambilan pekerja asing.
PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) hairan apabila difahamkan tiada perkembangan terkini mengenai perjanjian membuka semula pasaran buruh antara Malaysia dan Bangladesh.
Sediakan kuota khas bagi agensi bantu rekrut pekerja asing - PAPSMA
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan agar disediakan kuota khas untuk membantu majikan merekrut pekerja asing.
501 APS berdaftar bersedia jadi pengantara permohonan pekerja asing - PAPSMA
PAPSMA akan sentiasa memastikan semua pihak mematuhi terma dan syarat yang telah diberikan kepada pertubuhan bagi melicinkan proses kemasukan pekerja asing ke Malaysia.
PAPSMA sambut baik langkah segerakan MoU Pekhidmat Domestik Indonesia
PAPSMA menyambut baik keputusan kerajaan untuk menyegerakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).