KUALA LUMPUR: Sektor pengembaraan dan pelancongan dunia dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 30.7 peratus tahun ini, didorong terutamanya oleh perbelanjaan di peringkat domestik.
Menurut Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC), pemulihan sektor terbabit bagaimanapun dijangka kekal perlahan berikutan kekurangan penyelarasan di peringkat antarabangsa, sekatan perjalanan yang ketara serta tahap pemberian vaksin COVID-19 yang masih berkurangan di beberapa bahagian dunia.
"Walaupun ekonomi global dijangka menerima sumbangan dalam bentuk peningkatan sederhana 30.7 peratus daripada aktiviti pengembaraan dan pelancongan bagi tahun ini, jumlah itu hanya mewakili nilai sebanyak US$1.4 trilion (US$1=RM4.18)," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut WTTC, sektor pengembaraan dan pelancongan terbukti menjana hampir US$9.2 trilion kepada ekonomi global pada 2019 namun pandemik pada 2020 telah menyebabkan aktiviti berkaitan hampir terhenti dengan penyusutan sebanyak 49.1 peratus atau menyebabkan kerugian berjumlah hampir US$4.5 trilion.
"Pada tahun lepas, WTTC telah mendedahkan kehilangan besar sejumlah 62 juta pekerjaan dalam sektor itu di serata dunia. Jika berdasarkan tahap pemulihan semasa, jumlah pekerjaan itu dijangka meningkat hanya 0.7 peratus tahun ini," katanya.
Kajian juga menunjukkan sumbangan industri kepada ekonomi global dijangka mencatat peningkatan serupa sebanyak 31.7 peratus tahun ke tahun pada 2022 dengan kadar pemulihan semasa dan potensi pekerjaan meningkat 18 peratus di serata sektor pada tahun depan.
WTTC juga menyarankan kepada kerajaan di serata dunia untuk membenarkan pengembara yang telah mendapat vaksin lengkap untuk melakukan pergerakan secara bebas, tanpa mengambil kira negara asal atau destinasi mereka selain menghapuskan sistem berperingkat yang kompleks bagi membolehkan sektor itu dapat menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global serta meningkatkan jumlah pekerjaan.
"Kerajaan-kerajaan terbabit juga perlu melaksanakan penyelesaian digital yang membolehkan semua pengembara membuktikan status COVID mereka dengan mudah, sekali gus mempercepat proses di sempadan dan mengiktiraf semua vaksin yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan mana-mana Pihak Berkuasa Kawal Selia Ketat (SRA)," katanya.
Selain itu, WTTC turut mencadangkan supaya satu perjanjian melibatkan semua pihak berwajib diwujudkan dengan menyatakan bahawa perjalanan antarabangsa adalah selamat dan berserta protokol kesihatan dan keselamatan yang dipertingkat.
Menurutnya, data menunjukkan jika semua ketetapan itu dipatuhi sebelum akhir 2021, ini dapat memberi impak besar ke atas ekonomi global dan aspek pekerjaan.
Malah, sumbangan sektor tersebut ke atas ekonomi global mampu melonjak sebanyak 37.5 peratus dan mencecah US$6.4 trilion tahun ini berbanding US$4.7 trilion pada 2020.
WTTC berkata masih terdapat harapan untuk kerajaan-kerajaan mengembalikan hampir 19 juta pekerjaan sebelum akhir tahun ini sekiranya langkah menarik balik sekatan pergerakan dilaksanakan menerusi kerjasama di peringkat antarabangsa.
"Aliran itu akan berterusan sehingga ke tahun depan apabila sumbangan sektor pengembaraan dan pelancongan kepada ekonomi global dapat mencatat peningkatan 34 peratus tahun ke tahun yang mencecah US$8.6 trilion dan menghampiri angka pada 2019 iaitu tahun rekod bagi sektor itu.
"Pada masa sama, jumlah pekerjaan juga boleh melepasi paras 2019 iaitu meningkat 20.1 peratus tahun ke tahun kepada lebih 349 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021

Warga kota meluangkan masa mengunjungi lokasi-lokasi pelancongan ketika tinjauan sempena pelaksanaan PPN Fasa Tiga di sekitar Kuala Lumpur, 2 Okt, 2021. - Gambar hiasan/BERNAMA

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Tempahan penerbangan antarabangsa tunjuk trend peningkatan - Laporan
Lantunan tempahan telah didedahkan pada Sidang Kemuncak Dunia ke-21 WTTC, yang berlangsung tahun ini di Manila.

Sektor pengembaraan, pelancongan global disasar tumbuh 30.7 peratus tahun ini - WTTC
Pemulihan sektor pengembaraan dan pelancongan dunia bagaimanapun dijangka kekal perlahan.