MELAKA: Sektor pelancongan Melaka akan dibuka kepada rakyat negeri itu bermula esok sempena peralihan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Beliau berkata antara aktiviti dibenarkan ialah pelancongan dan kebudayaan dalam negeri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk hanya 50 peratus pelancong dibenarkan berada di dalam premis pelancongan, memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan sanitasi.
"Pembukaan sektor pelancongan ini hanya melibatkan produk pelancongan yang ada dalam senarai positif, manakala yang dalam senarai negatif seperti kelab hiburan dan hiburan malam tidak dibenarkan lagi," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Negeri, di sini hari ini.
Muhammad Jailani berkata antara produk pelancongan yang akan dibuka ialah zoo, ladang, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat 'edutainment', taman rekreasi, sukan ekstrem dan taman semula jadi.
Selain itu, katanya premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, Perkampungan Hang Tuah, galeri seni, pusat dan kampung seni warisan budaya dan pentas persembahan budaya, taman tema serta pusat hiburan keluarga turut dibenarkan beroperasi.
BACA: COVID-19: Peralihan fasa di Lembah Klang, Melaka dan Kedah mulai 1 Oktober
Muhammad Jailani berkata pihaknya akan memantau perkembangan pembukaan sektor tersebut dari aspek peningkatan kes positif COVID-19 negeri itu dalam tempoh dua minggu akan datang, sebelum membuat pertimbangan membuka kepada pelancong luar Melaka.
Beliau juga berharap, SOP khusus bagi sektor pelancongan Melaka daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat segera diperoleh.
"Kawasan pelancongan atau warisan di Melaka terletak dalam kawasan yang agak sempit dan bertumpu tidak seperti seperti di Langkawi, Genting Highland dan Pulau Tioman, jadi kami kena berhati-hati demi nyawa rakyat," katanya.
Terdahulu, beliau selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) mewakili agensi itu menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly dan disaksikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sulaiman berkata MoA berkenaan bertujuan melaksanakan pembangunan dan garis panduan pemeriksaan serta penilaian kerosakan di setiap bangunan warisan di Melaka.
Beliau berkata perjanjian itu juga melibatkan kajian kualiti udara di dalam bangunan warisan khususnya dari aspek kelembapan akibat penggunaan penyaman udara, selain kajian keberdayatahanan bangunan Stadthuys yang melibatkan cadangan kerja, penyelamatan dan tatacara pemulihan.
"Struktur pembinaan setiap bangunan warisan di Melaka mungkin berbeza dari segi teknologi dan bahan binaan yang digunakan, selain telah dibina sejak ratusan tahun lalu.
"Jadi, kajian perlu dibuat bagi memelihara semua bangunan warisan yang ada kerana ia merupakan aset dan produk pelancongan Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis menunjukkan senarai prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan sektor pelancongan Melaka bermula esok. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
Sabah rancang bida penganjuran Kongres Dunia IFLA 2031 - Dr Joachim
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta ILAM merancang untuk menyertai Kongres Dunia FLA 2025 di Perancis tahun depan.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
Isu kibar bendera China: Reaksi berlebihan beri kesan sektor pelancongan negara - King Sing
Reaksi berlebihan berhubung kontroversi mengibar bendera China dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan dibimbangi memberi kesan kepada sektor pelancongan.
Belanjawan 2025: Kerajaan diharap sedia peruntukan khas tingkat industri pelancongan Melaka
Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberikan peruntukan khas untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan awam di Melaka.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pelancongan menjelang TMM 2026
KLTA sedang dalam proses mewujudkan garis panduan mengenai standard pelancongan bagi pemain industri sektor itu dalam menguruskan aktiviti perniagaan mereka menjelang TMM 2026.
SUKMA 2028: Serius pertingkat prasarana, pelbangunan atlet - Sultan Kelantan
Kerajaan Kelantan diminta untuk mengambil pendekatan serius dalam meningkatkan prasarana dan pembangunan atlet negeri ini bagi mendepani dan bersiap siaga sebagai tuan rumah SUKMA pada 2028.
Kementerian Pengangkutan akan tubuh Majlis Pelayaran
Kementerian Pengangkutan bersedia menubuhkan Majlis Pelayaran bagi memajukan industri itu di Malaysia dan langkah tersebut dijangka mampu meningkatkan sektor pelancongan negara dengan ketara.