Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan sektor perkhidmatan awam, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersih dan bebas daripada rasuah dalam tempoh tiga tahun, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.
Beliau berkata ketiga-tiga sektor berkenaan ketika ini agak kritikal kerana banyak amalan rasuah dan salah guna kuasa.
"Oleh itu, bagi memastikan sasaran yang digariskan ini tercapai pihak saya mengambil pendekatan dengan merampas semula kesemua harta dan hasil rasuah.
"Hal ini perlu bagi memastikan hasil rasuah atau 'proceeds of corruption' ini dapat dikembalikan semula sebagai hasil negara dan secara tidak langsung melumpuhkan secara keseluruhanya punca kepada berlaku perilaku rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang disambut hari ini di seluruh negara bertemakan 'Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah'.
Dzulkifli berkata melalui strategi yang direncana tindakan operasi serta penguatkuasaan memerangi rasuah telah dilipatgandakan dengan lebih agresif oleh SPRM sejak Ogos lepas.
"Kerancakan operasi penguat kuasa yang dijalankan SPRM kini memaparkan hasil luar biasa, positif dan membanggakan.
"Hasrat SPRM untuk menjadi sebuah agensi digeruni perasuah dan mesra rakyat dilihat semakin dirasai oleh masyarakat," katanya.
Beliau berkata sokongan dan keinginan rakyat untuk berganding bahu bersama SPRM memerangi rasuah semakin bertambah dan meningkat.
"Walaupun kedengaran suara-suara sinis baru-baru ini yang begitu skeptikal dalam menidakkan sokongan rakyat terhadap usaha SPRM memerangi rasuah, saya bersama barisan pimpinan tidak akan gentar dan kekal ampuh berdepan sebarang kritikan dan cabaran," katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
![Sektor awam, swasta dan GLC bebas rasuah tiga tahun lagi - KP SPRM Sektor awam, swasta dan GLC bebas rasuah tiga tahun lagi - KP SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51469783326_DatukDzulkifliAhmad.jpg)
ZULKIFLI: SPRM akan pastikan sektor perkhidmatan awam, swasta dan GLC bersih dan bebas daripada rasuah dalam tempoh tiga tahun. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sektor awam, swasta dan GLC bebas rasuah tiga tahun lagi - KP SPRM Sektor awam, swasta dan GLC bebas rasuah tiga tahun lagi - KP SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51469783326_DatukDzulkifliAhmad.jpg)
Sektor awam, swasta dan GLC bebas rasuah tiga tahun lagi - KP SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan sektor perkhidmatan awam, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersih dan bebas daripada rasuah dalam tempoh tiga tahun.