Tragedi kebakaran pada malam 22 September 1989 di sekolah pondok Pak Ya yang meragut nyawa 27 orang pelajarnya pernah mengemparkan penduduk Sungai Limau.
Peristiwa itu kini hanya tinggal memori dihati ibu bapa yang kehilangan anak mereka, malah mungkin masih ada yang termimpi-mimpi suara mereka merintih meminta tolong ketika api menjilat tubuh mereka.
Tetapi ketika kejadian berlaku saya masih lagi bayi, baru belajar berjalan, susah untuk saya mengetahui apa yang berlaku ketika itu.
Cerita mengenai pondok Pak Ya hanya diceritakan kepada saya di warong-warong kopi oleh penduduk di Sungai Limau.
Hendak dijadikan cerita, menurut penduduk kampung, kerajaan BN ketika itu memberi bantuan bagi membangunkan semula pondok itu dan kini mempunyai lebih 700 pelajar dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Taufikah Khairiah Al- Halimiah.
Sekolah yang terletak di kawasan Padang Lumat itu dikatakan kubu kuat PAS kerana menerima undi yang banyak setiap kali berlaku Pilihan Raya selain faktor Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak yang mempunyai hubungan baik dengan pendidik di sekolah itu.
Namun pada pemilihan pada tahun 2004, PAS dikatakan kehilangan undi di kubu kuat mereka kerana pengetua sekolah ketika itu bercakaran dengan Ustaz Azizan dan perkara itu juga dikatakan akan berulang pada Pilihan Raya Kecil kali ini.
Itu yang dikatakan penduduk kampung!
Pada PRU yang lalu, daripada 19 daerah mengundi, BN hanya menang 6 manakala PAS 13 daerah mengundi.
Tetapi sumber dalaman BN menyatakan hasil kajian "war room" mereka menyatakan kawasan Padang Lumat dan beberapa kawasan lain juga akan berjaya ditawan sekaligus meencerahkan lagi peluang mereka merampas DUN Sungai Limau setelah 5 penggal dikuasai Allahyarham Ustaz Azizan.
Beberapa kawasan juga menunjukkan mereka mendahului berdasarkan bacaan tertentu, antaranya Kampung Titi Batu,kampung asal calon BN dan kawasan Sungai limau yang menjadi lokasi "command centre" BN dimana ia menempatkan bilik gerakan Wanita, Puteri dan Pemuda.
Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad yang menyatakan setiap UMNO negeri mempunyai "kawasan angkat" yang perlu diberi perhatian dan kawasan mereka adalah di Padang Lumat.
Hasil risikan "war room" BN juga mendapati ruang untuk mereka mendapatkan undi kaum Cina yang mewakili 6.9 peratus jumlah pengundi keseluruhannya cerah.
Mungkin "war room" PAS juga mendapat bacaan yang sama, maka tidak hairanlah apabila Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar meletakkan sasaran untuk menang tipis dengan majoriti mudah sebanyak 500 undi, jumlah yang jauh lebih kecil ketika PRU ke-13 lalu.
Tetapi PAS juga dilihat mempunyai senjata yang tajam dengan memainkan isu tempatan yang dekat dihati pengundi yang kebanyakkannya pekerja sawah padi seperti isu kenaikan subsidi beras.
Apa pun, 27,222 pemilih di DUN Sungai Limau pastinya mempunyai alasan mereka sendiri sama ada untuk "Berani Berhijrah atau "Kekal" dengan yang lama.
Wallahualam.
Hakim Rahman
Sun Nov 03 2013
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Sekolah pondok Pak Ya dan PRK Sungai Limau
27,222 pemilih di DUN Sungai Limau pastinya mempunyai alasan mereka sendiri sama ada untuk "Berani Berhijrah atau "Kekal" dengan yang lama.