SIBU: Semua sekolah rendah dan menengah di Daerah Sibu akan memulakan sistem penggiliran kelas bermula esok bagi mengekang penularan COVID-19 di sekolah.
Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata langkah itu dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesesakan pelajar ketika berada di sekolah.
"Kita mahu mengurangkan pelajar di sekolah pada satu-satu masa.
"Pada minggu lepas semasa sesi persekolahan bermula, semua pelajar hadir sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan," katanya dalam satu kenyataan melalui laman media sosial miliknya semalam.
Jelas Annuar bagi sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6, murid akan memulakan persekolahan pada Isnin, Rabu dan Jumaat manakala murid prasekolah, Tahun 1, 2 dan 3, bersekolah pada Selasa dan Khamis.
Katanya bagi sekolah menengah pula, pelajar Tingkatan 4 hingga 6 akan hadir seperti biasa, pelajar kelas peralihan dan Tingkatan 3 akan ke sekolah pada minggu pertama dan ketiga manakala pelajar Tingkatan 1 dan 2 pada minggu kedua dan keempat.
Annuar berkata pada hari pelajar tidak ke sekolah, mereka akan mengikuti sesi pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Sementara itu, Annuar berkata seramai 223 calon di bandar Sibu yang tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini disebabkan COVID-19 akan menduduki peperiksaan tersebut melalui penjadualan semula pada 6 hingga 23 April depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 04 2021
Langkah itu dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesesakan pelajar ketika berada di sekolah. -Gambar fail
Kerjasama hidrogen Petros, Petronas disokong oleh teknologi Jepun - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama Petros dan Petronas dalam tenaga alternatif hidrogen di Sarawak akan disokong oleh teknologi Jepun.
#AWANInews
#AWANInews
Supercopa de Espana: Real Madrid tentukan kejuaraan bertemu Barcelona
Real Madrid akan menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Supercopa de Espana selepas menewaskan Mallorca 3-0, awal pagi tadi.
Usaha Jepun untuk Gaza sangat bermakna untuk Malaysia, umat Islam - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong inisiatif Jepun untuk menjadi pengerusi bersama persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai.
"Ia membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin", katanya.
#AWANInews
"Ia membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin", katanya.
#AWANInews
179,000 dipindahkan susulan kebakaran hutan di Los Angeles
Ramalan cuaca melanjutkan amaran merah sehingga 6 petang waktu tempatan pada Jumaat di daerah Los Angeles dan Ventura.
Niaga SPOTLIGHT: Business Trends 2025: Balancing Life & Technology
The complex relationship between people and technology in 2025 is underscored by inflation and the cost-of-living crisis, driving consumer behaviour towards working smarter, not harder this year.
NIAGA SPOTLIGHT features Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture discussing key findings from their latest Life Trends 2025 Report: The Parent Trap, Impatience Economy, Dignity of Work and Social Rewilding, which highlight the global pursuit for a more balanced relationship with technology across age demographics.
NIAGA SPOTLIGHT features Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture discussing key findings from their latest Life Trends 2025 Report: The Parent Trap, Impatience Economy, Dignity of Work and Social Rewilding, which highlight the global pursuit for a more balanced relationship with technology across age demographics.
Misteri bau busuk bawa penemuan mayat seorang lelaki
Mayat lelaki berusia 68 tahun ditemui mati dalam keadaan berbaring di atas katil di dalam bilik rumahnya.
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Kematian bayi di Taska: Srikandi Bersatu gesa beri perhatian serius, kemuka empat cadangan
Srikandi Bersatu cadang penubuhan Unit Khas Pengawasan di bawah kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu
Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter di pengebumian negara
Biden berkata, persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
Dasar pendidikan tinggi percuma Sarawak tidak akan akibatkan kenaikan cukai
Dasar itu boleh dipertahankan menerusi satu model kewangan kukuh dan ia terbukti apabila Sarawak terus menyaksikan kenaikan pendapatan.
SIDC, Jabatan Hutan Sarawak dicadang bekerjasama kaji sampel penyakit zoonosis
Dr Annuar berkata kerjasama ini akan menjadi sebahagian daripada persediaan negeri Sarawak dalam menghadapi kemungkinan wabak Penyakit X.
Kuasa lulus projek bawah RM50 juta percepat baik pulih sekolah di Sarawak
Keputusan kerajaan Persekutuan supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak akan mempercepat usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini.
PRU15: Calon bertanding di Parlimen Sibu perlu utamakan isu tempatan - PBB
Setiap individu yang dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen P212 Sibu perlu mengutamakan isu tempatan terlebih dahulu berbanding isu nasional.
Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi PRU15.
Belanjawan 2022 Sarawak bantu komuniti perniagaan - Annuar Rapaee
Annuar berkata sekiranya kerajaan Sarawak mengambil sikap berjimat cermat, tidak banyak projek akan dijalankan.
Segera lakukan pemeriksaan jika ada simptom, elak BID - Dr Annuar
Banyak kes sebegini berlaku ekoran keengganan pesakit berjumpa doktor walaupun telah mengalami simptom sekitar tiga hingga 10 hari.
COVID-19: Perlu dos penggalak, kadar imuniti badan mungkin berkurang - Dr Annuar
Hal ini disebabkan oleh varian Delta yang sangat mudah merebak dan kemungkinan kadar imuniti badan yang berkurang setelah divaksin.
COVID-19: Sibu catat kes harian terendah sejak Kluster Pasai - Dr Annuar
Beliau juga menyeru agar semua pihak terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memutuskan rantaian COVID-19.
COVID-19: Majikan digesa tidak ambil pendatang tanpa izin
Pengambilan kerja golongan tanpa saluran yang sah boleh membahayakan keselamatan negara dan kesihatan rakyat.