Sekolah aliran agama persendirian termasuk madrasah tahfiz akan didaftar di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata langkah di bawah program Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dilaksanakan setelah JAKIM selesai memuktamadkan beberapa perkara termasuk terma pendaftaran bagi sekoloah-sekolah tersebut.
"Seperti yang disebut perdana menteri bahawa pusat tahfiz juga kita akan daftarkan di bawah satu pendaftaran secara penuh yang dikendalikan di bawah JAKIM.
"Kalau ini berlaku, maknanya semua sekolah persendirian aliran agama akan didaftarkan dan mudah untuk diurus apa-apa prosedur yang hendak dikenakan kepada sekolah ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pada Mac tahun lalu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan melalui JAKIM sedang merangka DPTN bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini.
Mengulas mengenai cadangan agar satu garis panduan berkaitan pelaksanaan hukuman rotan di sekolah tahfiz diadakan, Mahdzir berkata sekolah persendirian termasuk madrasah tahfiz mestilah mengikut panduan gerak kerja prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Sekolah agama persendirian, madrasah tahfiz di bawah mana-mana tanggungjawab sekalipun mestilah berpandu kepada SOP KPM sama ada berkaitan disipilin, kebajikan, tanggungjawab guru dan pelajar.
"Begitu juga merotan, kena ikut prosedur yang ditetapkan," katanya.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hasan sebelum ini mahukan agar satu garis panduan berkaitan pelaksanaan hukuman rotan diwujudkan di sekolah tahfiz kerana garis panduan merotan ketika ini hanya melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan tidak melibatkan sekolah tahfiz di bawah seliaan jabatan agama.
Mohamad Ali berkata pihak berkuasa juga perlu mengkaji semula kaedah pembelajaran di sekolah tahfiz untuk melihat kerelevanan merotan pelajar dan menggantikannya dengan cara mendisiplinkan pelajar yang wajar.
Cadangan tersebut dibuat susuan berlaku kes memukul oleh seorang pembantu warden asrama ke atas seorang pelajar sekolah tahfiz di Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang mengakibatkan dia meninggal dunia.
Mahdzir meminta ibu bapa yang mahu anak-anak mereka bersekolah di aliran agama untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang didaftarkan dengan kerajaan dan dilengkapi aliran akademik.
"Di Malaysia kita ada sekolah awam, sekolah akademik dan bagi aliran agama, kita ada sekolah Imtiaz, Ulul Albab yang pelajarnya belajar akademik dan dalam masa yang sama boleh hafaz al-Quran.
"Kita galakkan ibu bapa memilih sekolah-sekolah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2017
Menurut Mahdzir perkara itu akan dilaksanakan setelah JAKIM selesai memuktamadkan beberapa perkara termasuk terma pendaftaran bagi sekoloah-sekolah tersebut. - Gambar fail
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.
JAKIM kaji penyelarasan waktu bekerja guru KAFA Perdana
JAKIM telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri.
JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
JAKIM rekod lebih 300,000 aduan kekeluargaan, masalah akhlak tertinggi
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan sebanyak 378,815 kes aduan kekeluargaan bagi tempoh 2021 hingga 2023.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
Anugerah Halal Dunia perkukuh kedudukan Malaysia raih peluang di pasaran global - HDC
Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 (WHEA 2023) meletakkan negara di landasan kukuh untuk meraih peluang pasaran halal global yang dianggar mencecah US$5 trilion menjelang 2030.
Kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi - Mohd Na'im
Jumlah kutipan fi persijilan halal menunjukkan peningkatan setiap tahun, sekali gus menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi.
Lapan ajaran sesat dipantau, 12 dalam risikan - Zulkifli Hasan
Jakim akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh akidah dan pegangan umat Islam, termasuk ahli-ahli GISB.