Tindakan menutup capaian ke laman web Sarawak Report dilihat sebagai taktik untuk meyakinkan anggota UMNO bahawa isu 1MDB hanyalah rekaan semata-mata.

Usaha mengkambing hitamkan beberapa tokoh pembangkang sebenarnya hanya akan membantu membenamkan parti itu di dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menafikan dakwaan isu 1MDB adalah rekaan pembangkang dan menyifatkan dirinya tidak tergugat dengan taktik ini.

BACA: 1MDB, WSJ, Najib: Apa yang kita tahu setakat ini?

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR, berkata; “Kedua-dua taktik ini dimainkan saban hari di media utama untuk meyakinkan anggota UMNO sebenarnya skandal 1MDB ini tidak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Tambah Rafizi, ini termasuk membuktikan laporan dalam Sarawak Report dan The Edge mengenai skandal 1MDB adalah palsu dengan menyabitkannya dengan Xavier Justo.

Usaha itu termasuk memfitnah pimpinan pembangkang yang kononnya menjadi dalang yang mereka-reka skandal ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, reaksi ini boleh menimbulkan kebencian rakyat yang akan membolehkan pembangkang menang dalam PRU14 kelak.

BACA: PM dan isteri tidak patut lengah saman malu - Khairuddin
BACA: Isu 1MDB: Kerajaan sedang melakukan yang terbaik - Liow