Insiden kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru yang meragut enam nyawa hari ini adalah kejadian kebakaran besar pertama yang berlaku di hospital itu.
Bagaimanapun, kes itu mencatatkan sebagai tragedi paling buruk membabitkan kehilangan nyawa dalam sejarah kejadian kebakaran hospital di negara ini.
Berdasarkan data Pusat Maklumat dan Perpustakaan Berita Bernama (BLIS), terdapat tujuh insiden kebakaran besar berlaku melibatkan beberapa hospital sejak 1993.
Kronologi Kebakaran Hospital:
* 30 Mei 1993: Sebahagian dari tingkat dua di blok pentadbiran di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia bersebelahan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran pada pukul 2.30 pagi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
* 8 Julai 1993: Kebakaran di Institut Neurologi Hospital Besar Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi menyebabkan 190 katil pesakit dikosongkan untuk keselamatan. Kebakaran menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
* 16 Jan 1995: Kebakaran di bawah tangga di tingkat tiga Hospital Universiti memusnahkan beberapa barangan pembinaan yang disimpan oleh kontraktor di bawah tangga.
* 2 Mei 2007: Bekalan elektrik terpelantik dalam lif yang menyebabkan kebakaran kecil di tingkat satu Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur, menyebabkan 50 pesakit dan pelawat terpaksa dipindahkan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
* 30 Julai 2011: Kebakaran di Bilik Isolasi Pesakit Mental, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur berpunca daripada tindakan seorang pesakit mental memulakan kebakaran dengan menggunakan pemetik api. Kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah malam itu menyebabkan api merebak dengan pantas serta mengeluarkan asap tebal. Seorang maut dalam kejadian itu.
* 15 Feb 2014: Sebuah blok bangunan baharu di Hospital Umum Sarawak terbakar akibat percikan api kimpalan daripada pembinaan di dalam kawasan hospital.
Tiada kerosakan dilaporkan tetapi seorang pekerja binaan warga Indonesia berusia 35 tahun ditemui mati dengan tanda terbakar di tempat kejadian.
Seramai 151 pesakit dari enam wad dipindahkan.
* 15 Ogos 2016: Kebakaran kecil di stor simpanan barang Hospital Sri Kota, Klang. Tiada pemindahan pesakit atau pelawat, dan tiada sebarang kemalangan jiwa.
Menurut maklumat daripada laman sesawang HSA, hospital yang terletak di Jalan Skudai kira-kira dua kilometer dari pusat bandar Johor Bahru itu dibina pada 1938 bagi menggantikan hospital terawal di daerah itu pada 1882.
Dengan keluasan 98.6 hektar, HSA yang berhampiran Selat Tebrau dan berhadapan dengan Singapura itu mempunyai bangunan hospital setinggi lima tingkat. Direka bentuk oleh syarikat arkitek 'Palmer and Turner', HSA mempunyai dua sayap berbentuk 'T'.
Kini HSA menyediakan 21 perkhidmatan klinikal, sembilan perkhidmatan sokongan klinikal, lima perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan tujuh unit di bawah Pengurusan HSA.
Ia juga menjadi pusat rawatan koronari dan pembedahan jantung bagi Wilayah Selatan termasuk Sabah dan Sarawak.
Sehingga 2010, sebanyak 989 buah katil disediakan di HSA bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat di negeri itu. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah yang terletak di Jalan Skudai itu mengorbankan enam nyawa semalam, Selasa, 25 Oktober, 2016. - fotoBERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

'Syukur, Akif akhirnya dapat dipindahkan ke HSA' - Ibu mangsa
Ku Amazon berkata, mereka bersyukur apabila hasrat untuk membawa Akif dari Hospital NUH Singapura ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tercapai.

Tiga cedera dalam kebakaran kilang di Iskandar Puteri
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, tiga lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.

Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.

Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan
Kerajaan Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mengatasi kesesakan.

20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.

Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.

Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna
Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari.

Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.