Kerajaan digesa agar segera mewajibkan majikan menyediakan pusat jagaan anak-anak di tempat kerja yang gagal dilaksanakan sebelum ini.
Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan & Pemikiran Kreatif (Pewangi) mahu kerajaan menerusi Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga agar menjadikan tragedi yang menimpa Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif sebagai titik tolak ke arah melaksanakan cadangan itu.
Presiden Pewangi Datin Nabilah Sanusi berkata, sebelum ini, sudah banyak terjadi kes kematian bayi akibat kecuaian di rumah pengasuh dan ia sewajarnya tidak harus berulang.
“Sudah sering kita didedahkan dengan berita bayi meninggal dunia di rumah pengasuh akibat terjatuh dari buaian, tersedak susu dan kes-kes melibatkan bayi didera oleh pengasuh.
“Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga wajar memastikan cadangan mewajibkan majikan menyediakan pusat jagaan anak-anak kakitangan di tempat kerja direalisasikan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Adam Rayqal alami pendarahan dalaman di otak, retak tempurung kepala - Polis
BACA: Sebak, ibu mahu pangku Adam Rayqal dan enggan naik ambulans
BACA: 'Insya-Allah, Adam Rayqal tunggu kami di syurga' - Bapa
Adam Rayqal, lima bulan, pada awalnya dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya di Batu Caves, pada Selasa.
Jenazah Adam Rayqal selamat disemadikan kira-kira jam 10.30 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.
Terdahulu, jenazah bayi malang itu dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Chendering sebelum disolatkan di Masjid al-Muktafi Billah Shah, Ladang.
BACA: Kes kematian Adam Rayqal perlu dikendalikan secara adil - Wan Azizah
BACA: Pelesenan pusat asuhan perlu dilihat semula - MB Selangor
Irwan Muhammad Zain
Thu Jul 05 2018

NABILAH: Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga wajar memastikan cadangan mewajibkan majikan menyediakan pusat jagaan anak-anak kakitangan di tempat kerja direalisasikan segera. - Foto Pewangi

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada kesan kecederaan pada kanak-kanak lain
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan berhubung kematian bayi berusia lima bulan itu masih dijalankan.

Segera wajibkan majikan buka pusat jagaan anak-anak - Pewangi
Nabilah berkata kerajaan menerusi Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga seharusnya menjadikan tragedi yang menimpa Adam Rayqal sebagai titik tolak untuk melaksanakan cadangan tersebut.