SIPITANG: Syarikat telekomunikasi digesa segera menyelesaikan masalah gangguan liputan talian telefon dan internet yang dihadapi oleh pengguna di beberapa kampung di daerah ini termasuk Kampung Long Pasia yang terkenal sebagai tarikan pelancong.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin Sani Miasin berkata beliau menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung masalah talian komunikasi sering terputus sejak kebelakangan ini.
"Antara kampung yang dilaporkan terjejas teruk ialah Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio, Kampung Ulu Bole, Kampung Meligan dan Kampung Iburuh.
"Masalah itu telah menjejaskan hubungan dan komunikasi lebih 1,000 penduduk kampung yang terlibat.
"Saya difahamkan masalah itu berpunca daripada kerosakan penjana kuasa menara telekomunikasi di Kampung Long Pasia dan Kampung Ulu Bole," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Isnin.
Sipitang merupakan sebuah daerah terletak di kawasan pedalaman Sabah iaitu kira-kira 144 kilometer (km) ke arah selatan Kota Kinabalu, dan terkenal dengan kawasan tanah tinggi antaranya Kampung Long Pasia.
Sani berkata liputan talian telefon dan internet di kawasan berkenaan bergantung kepada menara telekomunikasi, namun memerlukan penjana kuasa bagi memastikan ia dapat beroperasi 24 jam.
"Kerosakan penjana kuasa menyebabkan talian komunikasi terputus. Berdasarkan aduan orang kampung penjana kuasa di menara Kampung Long Pasia mengalami kerosakan sejak 8 April lepas, namun sehingga kini ia masih belum berjaya dibaiki," katanya.
Sani berkata disebabkan talian komunikasi terputus, penduduk Kampung Long Pasia terpaksa bergantung kepada Menara Kampung Long Mio bagi kes kecemasan.
"Sudah jatuh ditimpa tangga apabila difahamkan pada 25 April lepas gangguan juga berlaku di Kampung Long Mio. Ini bermakna Kampung Ulu Bole, Kampung Meligan, Kampung Iburuh dan Kampung Long Pasia tiada liputan talian telefon dan internet.
"Masalah gangguan talian komunikasi di kampung berkenaan tiada kesudahan sejak sekian lama terutama di Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio dan sekitarnya. Gangguan liputan talian telefon dan internet ini turut menjejaskan proses pembelajaran pelajar sekolah," katanya.
Jarak Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio dari Pekan Sipitang kira-kira 128 kilometer dan hanya boleh dihubungi menggunakan jalan balak yang kini dalam keadaan yang amat teruk menyebabkan sukar dilalui walaupun menggunakan kenderaan berat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 02 2022
Sani berkata liputan talian telefon dan internet di kawasan berkenaaan bergantung kepada menara telekomunikasi, namun memerlukan penjana kuasa bagi memastikan ia dapat beroperasi 24 jam. - Facebook Sani Miasin
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Segera atasi masalah talian telefon, internet di Kampung Long Pasia
Penduduk kampung mengadu berhubung masalah talian komunikasi sering terputus sejak kebelakangan ini.