PADANG TERAP: Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu di Kampung Pinang, Pedu di sini pagi tadi.
Gajah itu dijumpai oleh penduduk kampung yang keluar menoreh getah sebelum menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada kira-kira 8.30 pagi untuk tindakan lanjut.
Pengarah Perhilitan Kedah Jamalun Nasir Ibrahim berkata setakat ini pihaknya belum mempunyai maklumat terperinci mengenai punca kematian gajah berkenaan.
"Setakat ini tiada maklumat yang boleh saya bagi. Saya pun (perlu) tunggu keputusan dari pasukan forensik yang datang dari ibu pejabat (Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur) untuk bedah siasat (punca kematian gajah ini)," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.
Sementara itu, seorang penduduk kampung Shazwan Ismail, 25, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk lain yang terserempak dengan gajah berkenaan semasa keluar menoreh getah pada kira-kira 7.30 pagi tadi.
"Apabila sampai (di lokasi kejadian), saya dapati gajah ini sudah mati dan dalam keadaan terduduk, apabila diamati, terdapat kesan darah bersama najisnya yang berkemungkinan gajah betina ini termakan racun atau baja tanaman kebun.
"Penduduk kampung sudah lebih sebulan melihat sekumpulan tujuh ekor gajah berkeliaran di kawasan kebun getah mereka dan saya rasa gajah betina ini mungkin salah seekor daripada sekawan gajah berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

Pengarah Perhilitan Kedah Jamalun Nasir Ibrahim berkata pihaknya belum mempunyai maklumat terperinci mengenai punca kematian gajah itu. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.

Ada kemungkinan diracun, 4 gajah mati akibat kegagalan pernafasan dan organ
Empat ekor gajah yang ditemukan mati di Kahang Timur, Kluang pada awal bulan ini dipercayai mengalami kegagalan pernafasan dan organ selain pendarahan dalaman.

100 gajah mati di Zimbabwe akibat kemarau
Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah mati di Taman Negara Hwange di Zimbabwe akibat kemarau yang disebabkan oleh El Nino, kata kumpulan kebajikan dan pemuliharaan haiwan antarabangsa pada Isnin.

Gajah tunggal di Filipina mati di Zoo Manila
Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.

Dua gajah mati kena renjatan elektrik di dusun durian
Dua ekor gajah liar yang berumur antara 20 dan 35 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan pagar elektrik diletakkan pemilik dusun durian berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di Thailand.

Gajah ditemui mati makan pisang diperam karbida
Hasil siasatan mendapati gajah itu makan pisang yang dibeli di pasar dan dicampur dengan gas etilena atau karbida.

Seekor gajah betina ditemukan mati di Padang Terap
Pengarah Perhilitan Kedah Jamalun Nasir Ibrahim berkata pihaknya belum mempunyai maklumat terperinci mengenai punca kematian gajah itu.

Gajah liar mati sebelum dipindahkan
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, pihaknya mendapati gajah berusia lingkungan 15 tahun itu mati kira-kira 2.30 petang.

Gajah mati ketika lahir anak secara songsang
Seekor gajah betina mati ketika melahirkan anak secara songsang di Ladang Mados, Lenggor, dekat Mersing, semalam.

Kejadian gajah mati tidak sepatutnya berulang - Mohd Shafie
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan kejadian gajah ditemukan mati di negeri ini tidak sepatutnya berulang dan ia harus ditangani dengan pendekatan yang sesuai.