KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi kebenaran kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy Sdn Bhd menjalankan penjualan petrol dan diesel secara hiliran sekali gus melaksanakan aktiviti penjualan di bawah jenama sendiri sebagai syarikat minyak secara penuh atau ‘full-fledged’.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mendedahkan, ia adalah satu keputusan yang baik selain membolehkan Sarawak terlibat dalam pasaran minyak dan gas hiliran yang luas malah mampu meningkatkan daya saing dalam industri berkenaan.
“Keterlibatan SEDC selaku entiti pelaburan milik kerajaan negeri dalam perniagaan hiliran ini akan menjana pendapatan kepada Sarawak.
‘’Ia juga mampu meningkatkan penglibatan negeri itu dalam industri minyak dan gas yang sangat besar dan merupakan antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Saya berharap ini akan menjadi pemangkin kepada merancakkan aktiviti perdagangan domestik bagi meningkatkan ekonomi Sarawak dan Malaysia secara amnya seiring dengan Pelan Pemulihan Negara,” katanya.
Alexander berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Surat Pengecualian Kawal Selia LPG di Sarawak kepada SEDC Energy Sdn. Bhd di pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.
Tambah Alexander, berkuat kuasa 1 Jun 2021, pemborong dan peruncit LPG di Sarawak juga tidak lagi perlu memohon kebenaran Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan lesen Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) daripada KPDNHEP.
“Hasil perbincangan terperinci Mesyuarat Majlis Khas bagi menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) pada 13 April 2021, dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga dianggotai Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah serta Menteri-Menteri Persekutuan.
“Maka telah dipersetujui supaya pengecualian daripada memperoleh kebenaran PDA dan lesen CSA diberikan kepada pemegang Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO) di Sarawak,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pengecualian pemakaian PDA itu akan menjadikan SEDC Energy sebagai pemain penting dalam memperkasakan industri gas dan petrokimia di Sarawak.
“Pengecualian ini sekali gus mengiktiraf kapasiti kerajaan negeri serta kemampuan organisasi korporat dan rakyat Sarawak untuk mengawal selia serta mempunyai keterlibatan yang lebih bermakna dalam industri minyak dan gas dalam negara.
“Dengan pengecualian yang diberikan ini, aktiviti pengedaran kawal selia gas di Sarawak akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, serta mengurangkan karenah birokrasi,” katanya.
Pada masa sama beliau juga berharap Kementerian Utiliti akan menggunakan kelebihan ini untuk terus mengorak langkah ke arah mewujudkan ekosistem industri utiliti yang berdaya saing dan mampu menarik pelaburan.
Selain SEDC Energy Sdn Bhd, pada tahun 2017, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) juga antara syarikat minyak dan gas negeri ini yang mengoperasikan Perjanjian Penyelesaian Secara Komersil (CSA) yang telah dimeterai dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
PETRONAS memberi hak ekuiti kepada PETROS bagi operasi di luar pantai Sarawak dan di daratan melalui Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958) dengan penganugerahan penerokaan dan pengeluaran pertama medan minyak berdekatan Miri dan Marudi Selatan.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Sep 09 2021
Tambahnya, berkuatkuasa 1 Jun 2021, pemborong dan peruncit LPG di Sarawak juga tidak lagi perlu memohon kebenaran Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan lesen Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) daripada KPDNHEP. FOTO: Pejabat Ketua Menteri
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
SEDC dapat kelulusan jalankan penjualan produk petrol dan diesel secara hiliran
Kerajaan Sarawak memberi kebenaran kepada SEDC Energy Sdn Bhd menjalankan penjualan petrol dan diesel secara hiliran dan melaksanakan aktiviti penjualan di bawah jenama sendiri.