KUALA LUMPUR: Sebuah suruhanjaya kesihatan perlu dibangunkan bagi membolehkan akses kepada dana yang perlu, mengurangkan karenah birokrasi serta menangani isu penyelewengan pengamal kesihatan serta imbuhan dengan lebih berkesan, kata seorang pakar kesihatan.
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata isu penubuhan suruhanjaya kesihatan bukanlah perkara baharu, dan suruhanjaya sedemikian seharusnya bertangungjawab terus kepada Parlimen.
"Kita boleh bergerak lebih pantas sekiranya tiada masalah red-tape. Saya harap suruhanjaya kesihatan ini tidak dipisahkan terus daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sebaliknya diberi autonomi untuk membuat beberapa keputusan sebagai penasihat dari segi hala tuju dan dasar kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel penceramah pada hari kedua Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022: The Future of Our Healthcare' - Kertas Putih Kesihatan.
Merujuk kepada harapannya berhubung Kertas Putih Kesihatan mengenai peruntukan sumber manusia, Dr Azman berkata pengamal perubatan perlu nekad dan cukup berani untuk berfikir di luar kotak, bagi memastikan pandangan mereka berhubung isu-isu sumber manusia dalam perkhidmatan kesihatan didengar.
Sementara itu Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dari Universiti Malaya yang senada dengan Dr Azman dalam merujuk kepada penubuhan suruhanjaya itu berkata, dari segi sumber manusia, aspek latihan petugas adalah perkara penting.
"Kita perlu meningkatkan jumlah (tenaga kerja), kualiti, dan membangunkan sistem, memandangkan corak latihan semasa boleh ditingkatkan dalam pelbagai cara, terutama menerusi pendanaan," katanya.
Beliau berkata suruhanjaya kesihatan perlu mengandungi jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh seorang menteri, atau perdana menteri sendiri, sebagaimana yang dilakukan Indonesia yang menyaksikan suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Presidennya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Dr Azman Abu Bakar berkata isu penubuhan suruhanjaya kesihatan bukanlah perkara baharu, dan suruhanjaya sedemikian seharusnya bertangungjawab terus kepada Parlimen. - Foto BERNAMA
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
AWANI Ringkas: 21 warga Bangladesh ditahan cuba masuk Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebuah suruhanjaya kesihatan perlu dibangunkan - Pakar kesihatan
Sebuah suruhanjaya kesihatan perlu dibangunkan bagi membolehkan akses kepada dana yang perlu, mengurangkan karenah birokrasi serta menangani isu penyelewengan pengamal kesihatan.
Koronavirus: Angka kematian terkini mencecah 720 di seluruh dunia
Pada Jumaat, seramai 81 orang lagi meninggal dunia akibat virus tersebut di Hubei, wilayah di mana penyakit itu muncul pada Disember, menurut suruhanjaya kesihatan serantau.