Sebanyak 33,652 kes pelanggaran undang-undang direkodkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melibatkan pelbagai jenis kenderaan sejak badan itu mula ditubuhkan pada tahun 2011 sehingga Ogos tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata antara kesalahan paling tinggi dicatatkan melibatkan lori iaitu sebanyak 12,710 serta teksi 10,547 kes.
"Bagi lori kesalahan keselamatan, lebih muatan serta tayar botak paling banyak dikesan yang mana hampir 5,000 kes membabitkan kesalahan keselamatan diikuti terlebih muatan 2,807 kes.
"Bagi teksi pula kesalahan yang banyak dikenakan tindakan seperti tiada permit serta beroperasi tidak menggunakan meter," katanya kepada pemberita selepas Program Latihan Peningkatan Imej Dan Profil (IMPRO), di sini, hari ini.
Menurutnya bagi teksi, lazimnya kes tertinggi direkodkan di sekitar Bandar besar seperti Kuala Lumpur dan lain-lain.
Beliau berkata daripada kesemua jumlah kes tersebut, sebanyak 98 peratus kertas siasatan telah disiapkan manakala bakinya masih dalam proses.
"Sebanyak 60 peratus daripada kes tersebut telah selesai, ada yang dikenakan kompaun dan ada juga yang telah dituduh di mahkamah," katanya.
Sementara itu, Che Hasni berkata pihaknya juga komited untuk meningkatkan imej anggota dan pegawai SPAD menerusi program IMPRO yang mula dilaksanakan pada tahun lalu.
Katanya program itu dapat meningkatkan tahap profesional, mutu disiplin, kecekapan serta integriti para pegawai dan anggota.
Che Hasni berkata tugas SPAD bukan sahaja mengesan dan mengeluarkan saman semata-mata malah mereka juga turut membuka kertas siasatan untuk mengenakan tindakan lanjut kepada para pesalah.
"Selain meningkatkan imej, kita juga memberi pendedahan serta fokus khususnya melibatkan kertas siasatan kerana tugas penguatkuasaan tidak tertumpu kepada saman sahaja.
"Jadi, kita memang memberi penekanan dalam menyediakan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan menampilkan bukti yang kukuh sehingga pesalah diheret ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2016
![Sebanyak 33,652 kes direkodkan SPAD sejak tahun 2011 Sebanyak 33,652 kes direkodkan SPAD sejak tahun 2011](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474898909_SPAD.jpg)
Che Hasni berkata tugas SPAD bukan sahaja mengesan dan mengeluarkan saman semata-mata malah mereka juga turut membuka kertas siasatan untuk mengenakan tindakan lanjut kepada para pesalah.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Seorang lelaki ditahan dalam Ops Ulat di Terminal One Seorang lelaki ditahan dalam Ops Ulat di Terminal One](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528650163_BasEkspres.jpg)
Seorang lelaki ditahan dalam Ops Ulat di Terminal One
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas didapati menawarkan khidmat menjual tiket di luar kaunter tiket.
![SPAD komited selesai kes ulat tiket dalam tempoh 24 jam SPAD komited selesai kes ulat tiket dalam tempoh 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474899044_UlatTiket.jpg)
SPAD komited selesai kes ulat tiket dalam tempoh 24 jam
SPAD komited untuk menyelesaikan dan mengambil tindakan segera bagi menangani kes melibatkan ulat tiket dalam tempoh 24 jam.
![Sebanyak 33,652 kes direkodkan SPAD sejak tahun 2011 Sebanyak 33,652 kes direkodkan SPAD sejak tahun 2011](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474898909_SPAD.jpg)
Sebanyak 33,652 kes direkodkan SPAD sejak tahun 2011
Sebanyak 33,652 kes pelanggaran undang-undang direkodkan SPAD melibatkan pelbagai jenis kenderaan sejak badan itu mula ditubuhkan pada tahun 2011.
![19 pemandu teksi ditahan dalam ops bersepadu SPAD 19 pemandu teksi ditahan dalam ops bersepadu SPAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365116431_295x200.jpg)
19 pemandu teksi ditahan dalam ops bersepadu SPAD
Dalam operasi tersebut, beberapa anggota menyamar sebagai penumpang dan meminta pemandu teksi menghantar mereka ke Stadium Merdeka.