Suasana pilu menyelubungi pusat pembakaran mayat sebaik jasad mendiang tiba kira -kira jam 11.30 pagi diiringi saudara lelaki dan perempuan mendiang.
Ahli keluarga dan sahabat tidak dapat menahan perasaan ketika mereka menyanyikan lagu
'Bertemu dan berpisah' dan mengungkapkan 'selamat jalan Moey Yun' pada upacara penghormatan terakhir itu.
Terdahulu, lebih 200 ahli keluarga dan rakan melakukan upacara keagamaan dan penghormatan terakhir di rumah mendiang di Taman Kempas, Butterworth.
BACA: 'Dia sudah 'pergi' biarlah imej yang baik ditinggalkan' - Keluarga Moey Yun Peng
BACA: Pilu lihat mayat pemandu terperangkap dalam SUV jatuh jambatan
![lebih 200 ahli keluarga dan rakan melakukan upacara keagamaan dan penghormatan terakhir di rumah mendiang di Taman Kempas, Butterworth. - Foto Astro AWANI](http://img.astroawani.com/2019-01/41548305353_freesize.jpg)
Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad, SUV jenis Mazda CX-5 yang dipandu Yun Peng, seorang penuntut kolej swasta, terhumban ke laut selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios dalam kemalangan di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang.
Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Yun Peng dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam sebelum berjaya dikeluarkan Selasa petang.
Mayat mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang, ditemukan dalam SUV yang remuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada jam 6.07 petang.