PUTRAJAYA: Seorang pekerja ladang yang menyebabkan kematian rakan serumahnya kerana masakan tidak sedap hari ini terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara selama 22 tahun.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk P.Ravinthran dan Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohamad Rosli Naqur Gani untuk mengurangkan pertuduhan terhadapnya daripada membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat.
Lelaki berusia 41 tahun itu didakwa menyebabkan kematian R. Devadas, 60, di sebuah rumah tidak bernombor di Estet Getah Chuan Leng, Bellengu Halt, Mentakap, Pahang antara 1.50 hingga 11.50 pagi pada 17 April 2017.
Dia diperintah menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu 17 April 2017.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati berdasarkan bukti, sabitan ke atas Mohamed Rosli adalah tidak selamat.
Kamaludin, yang mengetuai panel itu, dalam penghakimannya berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbang keseluruhan pembelaan Mohamad Rosli bahawa dia telah diprovok.
Mohamad Rosli dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 22 Okt 2019 selepas didapati bersalah membunuh Devadas.
Mengikut keterangan di mahkamah, Mohamad Rosli dan Devadas selalu bergaduh kerana tertuduh tidak menyukai masakan mangsa manakala si mati turut menuduh Mohamad Rosli tidak menyimpan makanan untuknya.
Kedua-duanya tinggal bersama seorang lagi pekerja di sebuah rumah yang disediakan oleh majikan mereka.
Terdahulu, peguam S. Sundarajan, yang mewakili Mohamad Rosli, berhujah bahawa berlaku pergaduhan selepas mangsa memprovok tertuduh dan kedua-duanya mabuk ketika itu.
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling pula memohon mahkamah agar mengenakan hukuman penjara maksimum 30 ke atas tertuduh kerana mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulung rusuk selepas diserang dengan kayu dan parang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Pada 2019, Mohamad Rosli dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya. Gambar fail/BERNAMA
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sebabkan kematian rakan kerana masak tak sedap, pekerja ladang dipenjara 22 tahun
Seorang pekerja ladang yang menyebabkan kematian rakan serumahnya kerana masakan tidak sedap hari ini terlepas tali gantung.
Gara-gara masakan tak sedap, isteri dirantai dan dipukul dengan kayu
Leher mangsa diikat pada perabot selepas pasangan suami isteri tersebut bergaduh dan dia turut dipukul dengan kayu.