Inisiatif Pelan Pembangunan Strategik (SDP 2021-2025) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dijangka mewujudkan lebih 160,000 peluang pekerjaan baharu dan lebih 42,000 usahawan.
Dalam satu kenyataan, NCER memaklumkan, pelaburan terkumpul pula dijangka berkembang kepada RM146.5 bilion.
Menurutnya, perkara yang penting kepada rakyat adalah, purata pendapatan isi rumah dan pendapatan isi rumah median B40 di NCER, masing-masing dijangka mencecah RM10,500 dan RM4,200.
“Selari dengan agenda pemulihan ekonomi kerajaan, perancangan dan strategi mantap telah dilaksanakan di NCER bagi terus menangani impak pandemik COVID-19 pada keperluan sosioekonomi rakyat.
“Pelan Pembangunan Strategik (SDP 2021-2025) NCER yang menekankan pendekatan yang dinamik ini telah dibentangkan di Mesyuarat Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-23 (PB23) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“SDP adalah rangka kerja yang mantap dan strategik yang menggabungkan situasi semasa di negeri-negeri NCER iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak bagi menangani impak pandemik tersebut,” jelas kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, projek strategik, pelaburan berimpak tinggi dan program modal insan telah direka untuk segera menyelesaikan keperluan semasa rakyat dan perniagaan serta industri bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
“Kerajaan Pusat sedia maklum dengan pelbagai cabaran sosioekonomi yang dihadapi oleh negara dan berjanji yang kerajaan akan memastikan impak kepada rakyat akan diatasi melalui inisiatif yang telah dilaksanakan ini.
“Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan bagi mengurangkan beban rakyat.
“SDP juga selari dengan aspirasi kerajaan dan akan menjadi sumber yang sangat penting dalam menyokong dan memacu pemulihan ekonomi di wilayah ini menerusi pelaksanaan projek strategik dan program modal insan bagi mewujud dan mengekalkan pekerjaan bagi rakyat,” jelas kenyataan itu.
SDP sebelum ini menjangkakan NCER akan menjadi ekonomi bernilai RM300 bilion menjelang tahun 2025.
Bagaimanapun, disebabkan pandemik yang berterusan, sasaran berkenaan telah dianjak selama dua tahun lagi.
Namun, NCIA telah mencapai pelaburan direalisasi terkumpul berjumlah RM115.9 bilion sehingga Julai 2020, dan mewujudkan 140,000 peluang pekerjaan di NCER.
Muhyiddin hari ini buat julung kalinya mempengerusikan mesyuarat tersebut di Pulau Pangkor dekat sini.
Mesyuarat itu yang pertama kali berlangsung di luar Putrajaya dihadiri Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man; Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Turut hadir Pengerusi Bersama (Industri) Kumpulan Industri Malaysia-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Wan Syamsul Amly
Tue Sep 15 2020

Muhyiddin bergambar ketika hadir pada mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-23 sempena lawatan beliau hari ini. Turut hadir, Ahmad Faizal (dua,kiri) dan Tengku Zafrul (tiga, kanan). --fotoBERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.