Pemaju hartanah, Scientex Bhd (Scientex) merancang untuk membina 50,000 unit rumah berkualiti pada harga berpatutan di seluruh negara menjelang 2028.
Pengarah Urusannya, Lim Peng Jin berkata sasaran itu sejajar dengan komitmen Scientex terhadap usaha pembangunan hartanah di Melaka, khususnya membabitkan rumah mampu milik.
"Matlamat Scientex adalah untuk terus memainkan peranan untuk menjadikan pemilikan rumah mampu milik itu sebagai realiti bagi semua individu dan keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Terdahulu, anak syarikat Scientex Heights Sdn Bhd iaitu Scientex Heights Sdn Bhd melancarkan 116 unit rumah teres dua tingkat di Durian Tunggal, Alor Gajah di bawah program Rumah Mampu Milik Melaka (RMM) yang bertujuan menangani permintaan ketara untuk rumah berkualiti tinggi pada harga berpatutan di negeri itu.
Lim berkata berdasarkan kadar pengambilan kukuh bagi pratempahan fasa 116 unit itu, Scientex kini merancang untuk melancarkan fasa seterusnya Scientex Durian Tunggal yang merangkumi 104 unit rumah dua tingkat.
Fasa ini akan dibuka untuk jualan sebaik mendapat kelulusan pihak berwajib, katanya.
Setakat ini, unit hartanah Scientex telah berjaya menyiapkan hampir 16,400 unit rumah mampu milik berharga kurang RM500,000 di serata negara yang mana kira-kira 70 peratus daripadanya berharga di bawah RM200,000 seunit. -- Bernama
Bernama
Sun Jul 15 2018
Matlamat Scientex adalah untuk terus memainkan peranan untuk menjadikan pemilikan rumah mampu milik sebagai realiti bagi semua individu dan keluarga. - Gambar hiasan
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Scientex sasar bina 50,000 unit rumah mampu milik menjelang 2028
Pemaju hartanah, Scientex Bhd merancang untuk membina 50,000 unit rumah berkualiti pada harga berpatutan di seluruh negara menjelang 2028.