Patriotisme, perjuangan, jati diri anak bangsa dan benci rasuah digarapkan dalam sambutan Hari Kebangsaan 2019 sebagai aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, cekap dan amanah.
Bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, acara kemuncak sambutan iaitu perarakan dan perbarisan yang berlangsung di Putrajaya, menampilkan empat komponen bagi mendokong aspirasi itu iaitu kenegaraan; ketenteraman awam; keselamatan negara dan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.
Juga istimewa pada sambutan kali ini apabila Yang di-Pertuan Agong baharu Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke acara tersebut, yang pertama bagi Seri Paduka mencemar duli ke sambutan hari kebangsaan sejak ditabalkan pada 30 Julai.
Disaksikan jutaan rakyat melalui kehadiran orang ramai di Dataran Putrajaya serta tontonan siaran langsung di kaca televisyen dan laman media sosial, kehadiran pengunjung juga diraikan oleh 2,120 pelajar sekolah yang melakukan pergerakan formasi grafik seawal 6.30 pagi.
Sejurus keberangkatan tiba Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Dataran Putrajaya, acara dimulakan dengan nyanyian lagu keramat Negaraku diringi acara menaikkan Jalur Gemilang.
Turut hadir menyaksikan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019 itu ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo serta perwakilan asing.
Dr Mahathir memandu sendiri kereta Proton Saga model baharu berwarna merah ke acara tersebut.
Mendahului acara sambutan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-62 itu ialah nyanyian lagu Negaraku seiring dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, disusuli nyanyian lagu Malaysia Bersih dan diikuti bacaan ikrar Rukun Negara.
Juga kedengaran ialah tembakan kehormatan 14 das, simbolik kepada 14 negeri di Malaysia, dilaksanakan 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja ketika lagu Negaraku berkemundang.
Bacaan ikrar Rukun Negara tahun ini dipimpin Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zuhairie Abu Bakar dan diiringi 62 pembaca ikrar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti guru dan pelajar; penjawat awam serta pekerja sektor korporat dan syarikat berkaitan kerajaan.
Usai lafaz ikrar, laungan keramat 'Merdeka' sebanyak tujuh kali bergema di Putrajaya.
Hadirin dipersembahkan dengan persembahan khas Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih yang menonjolkan segmen berteraskan Wawasan 2020, anai-anai atau kejelikan rasuah, kebangkitan Harimau dan Malaysia Bersih.
Mendahului segmen kenegaraan ialah perarakan kontinjen pembawa bendera besar bersaiz 80 kaki x 40 kaki oleh 60 pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan 20 kadet inspektor dari Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia.
Ia disusuli dengan perarakan 330 pembawa Jalur Gemilang dan 670 pembawa bendera negeri serta bendera berwarna.
Perarakan turut dimeriahkan dengan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diketuai Ketua Pengarah Penerangan, Roselindawati Abdul Rahman yang melibatkan 133 peserta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi Honda Goldwing, 20 kenderaan agensi kerajaan serta 15 buah motosikal pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyemarakkan kibaran bendera Malaysia.
Perarakan kali ini turut diserikan dengan penyertaan tiga belon gergasi karakter animasi iaitu Ejen Ali, Didi dan Yaya serta pelbagai maskot animasi Malaysia.
Senada dengan tema Sayangi Malaysia: Malaysia Bersih, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menampilkan kontinjen kereta berhias, pasukan bermotorsikal berkuasa tinggi berpakaian watak siri animasi Kapten MACC atau 'Malaysian Anti Corruption Commission'.
Kemunculan orang nombor satu perkhidmatan awam, iaitu Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam yang dipimpinnya, menarik perhatian Seri Paduka baginda berdua yang berdiri sambil bertepuk tangan dan Tunku Azizah dilihat memberi isyarat "thumb ups".
Perarakan turut diserikan dengan penyertaan kontinjen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta termasuk daripada industri penerbangan yang diwakili Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air yang mengenakan busana syarikat penerbangan masing-masing.
Dalam segmen ketenteraman awam yang melibatkan 10 agensi penguatkuasa undang-undang antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara.
Kereta bomba model Dennis RR-80 buatan England yang digunakan dalam perkhidmatan bomba Malaysia pada 50-an, antara aset tarikan dalam perarakan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Jentera itu kini digunakan sebagai bahan pameran sejarah untuk rujukan ilmiah.
Sultan Abdullah dilihat memberi tabik ketika kontinjen Polis Diraja Malaysia melakukan lintas hormat dan memberi tepukan kepada Unit Tindakan Khas (UTK), yang antara tugasannya adalah berkaitan kawalan keselamatan ke atas orang kenamaan.
Bernama
Sat Aug 31 2019

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeriksa perbarisan. -Astro AWANI/Shahir Omar

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.