KUALA LUMPUR: Selepas 37 tahun mencurah bakti, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Sang Saka Biru.
Majlis Paluan Berundur yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur, petang ini dihadiri lebih 500 pegawai kanan dan isteri masing-masing, simbolik sebagai penghormatan terakhir buat beliau yang hadir ditemani isteri Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.
Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Majlis bermula pada 5 petang itu diserikan dengan lintas hormat pesawat Pasukan Gerakan Udara dan persembahan Pancaragam Pusat PDRM dengan Acryl Sani diberi penghormatan memimpin persembahan itu.
Sebelum majlis berakhir, Acryl Sani, 62, bersama isteri diarak menggunakan kenderaan rasmi pasukan sebelum menandatangani buku pelawat di bilik pengawal Pulapol.
Beliau dilahirkan pada 3 Okt 1961 di Petaling Jaya, Selangor dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 Mei 2021 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat perkhidmatannya pada 3 Mei 2021.
Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor dan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM), memulakan perkhidmatannya pada 2 Feb 1986 sebagai Kadet Asisten Superintenden Polis dengan menjalani Latihan Asas Kepolisan di Pulapol, Kuala Lumpur.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting antaranya Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), Bukit Aman selain diberi kepercayaan untuk mengetuai Kontinjen Terengganu, Sarawak dan Perak.
Terdahulu ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani berkata tiada kejanggalan dalam proses peralihan kuasa kepimpinan PDRM membabitkan dirinya dengan Timbalannya Tan Sri Razarudin Husain yang akan memulakan tugas secara rasmi esok.
"Saya meninggalkan tampuk pemerintahan pasukan ini dengan hati yang terbuka...saya percaya anggota yang masih berkhidmat dapat meningkatkan imej dan kualiti PDRM ke tahap yang lebih tinggi.
"Sentiasa ingat logo kita, ingatlah slogan kita, sedia berkhidmat, polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

Acryl Sani berkata tiada kejanggalan dalam proses peralihan kuasa kepimpinan PDRM membabitkan dirinya dengan Timbalannya Tan Sri Razarudin Husain yang akan memulakan tugas secara rasmi esok. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani terima Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.

Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah
Acryl Sani adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.

'Saya tinggalkan PDRM dengan hati terbuka' - Acryl Sani
Selepas 37 tahun mencurah bakti, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Sang Saka Biru.

Peralihan kuasa kepimpinan PDRM: 'Tidak ada apa yang janggalnya' - KPN Acryl Sani
Kata Acryl Sani, tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa kepimpinan Polis Diraja Malaysia membabitkan dirinya.

Tiada kontroversi dalam soal penggantian Acryl Sani - Saifuddin Nasution
Katanya, soal penggantian jawatan Ketua Polis Negara ialah satu proses biasa.

Sultan Perak rasmi Kem Batalion 3 PGA Bidor
Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 9.35 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ketua Polis Daerah diseru tingkat mutu perkhidmatan, kurangkan birokrasi - KPN
Semua ketua polis daerah dinasihat agar menghindari sikap buruk yang menonjolkan sifat angkuh, sebaliknya menerapkan nilai-nilai murni serta memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan.

Polis siasat kumpulan dakwa pewaris Kesultanan Sulu - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan polis berhubung tindakan sekumpulan penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang mengemukakan tuntutan melalui notis timbang tara mele