KUALA LUMPUR: Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak cuba menyelamatkan bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Tan Sri Ismee Ismail tetapi menghentikan soalan tidak relevan yang diajukan kepada saksi ke-13 pendakwaan itu.
Ketua pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak itu memberitahu Hakim Datuk Collin Sequerah selepas ketua pasukan pembelaan bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkeras mengatakan pendakwaan cuba untuk "menyelamatkan" Ismee.
Pertikaman lidah itu bermula apabila Muhammad Shafee menyoal Ismee, 58, mengenai dakwaan perjanjian palsu berkaitan penukaran wang dana kekayaan negara kepada nota Murabahah.
Menurut satu usaha sama antara 1MDB-PetroSaudi International Limited, kedua-dua syarikat bersetuju untuk menukarkan 40 peratus daripada kepentingan 1MDB dalam usaha sama itu, iaitu AS$1 bilion kepada pinjaman Islam kepada syarikat usaha sama itu.
Persetujuan itu menyaksikan 1MDB bersetuju menjual 40 peratus sahamnya dalam syarikat usaha sama berkenaan dengan memberikan pinjaman Islam menerusi nota Murabahah kepada syarikat kerjasama itu pada nilai AS$1.2 bilion.
Dengan penukaran kepada nota Murabahah, syarikat usaha sama itu akan berhutang AS$1.2 bilion kepada 1MDB di atas kertas, dan memberikan 1MDB keuntungan atas kertas AS$200 juta selepas mengambil kira permulaan AS$1 bilion.
Semasa prosiding, Sri Ram membantah soalan yang diajukan peguam senior itu mengenai dakwaan perjanjian palsu Murabahah.
Pada ketika itu, Sequerah mencelah dan berkata adalah tidak adil untuk cuba mendapatkan saksi menjawab sedangkan isu itu berasaskan dokumentasi.
Bagaimanapun, Muhammad Shafee berhujah Ismee mampu menjawab soalan beliau dan tidak perlu "diselamatkan" oleh sesiapa.
"Tiada sesiapa perlu selamatkan saksi ini kerana beliau melakukannya dengan baik," kata Muhammad Shafee.
Sri Ram kemudian menjawab:" Saya tidak menyelamatkan saksi ini, saya menghentikan soalan yang tidak relevan."
Muhammad Shafee kemudian bertanya: Adakah soalan ini tidak relevan?
Hakim kemudian berkata soalan ditanya merupakan perkara untuk peringkat hujahan dan Muhammad Shafee bertanya kepada Ismee untuk membuat kesimpulan sedangkan saksi mungkin tahu atau tidak tahu mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, peguam itu bertegas bahawa seseorang saksi itu boleh menjawab berasaskan fakta yang diberi. Hakim kemudian berkata biarkan dia menjawab.
Semasa prosiding hari ini, saksi itu juga memberi keterangan bahawa usaha sama 1MDB-PetroSaudi International Limited selain daripada 1MDB memperoleh penjana-penjana kuasa bebas Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd, adalah sejajar dengan kepentingan Kerajaan Malaysia.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung pada 4 April.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
![Saya tidak cuba selamatkan saksi tetapi menghentikan soalan tidak relevan, kata Sri Ram Saya tidak cuba selamatkan saksi tetapi menghentikan soalan tidak relevan, kata Sri Ram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636355129_DatukSeriGopalSri.jpg)
Semasa prosiding, Sri Ram membantah soalan yang diajukan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai dakwaan perjanjian palsu Murabahah. - Gambar fail/BERNAMA
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711436750_NAJIBRAZAKMAHKAMA.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
![Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.
![10,000 buku bernilai RM9 juta milik Gopal Sri Ram diserah kepada perpustakaan UM 10,000 buku bernilai RM9 juta milik Gopal Sri Ram diserah kepada perpustakaan UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674968677_TBGopalSriRam.jpg)
10,000 buku bernilai RM9 juta milik Gopal Sri Ram diserah kepada perpustakaan UM
Koleksi yang dinamakan sebagai "Koleksi Peribadi Mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram" itu disumbangkan oleh Datin Seri Chandra Sri Ram kepada UM.
![Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687414943_RosmahMansor.jpg)
Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama
Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan Rosmah untuk mendapatkan kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman atas alasan tiada merit dalam rayuan itu.
![Tommy minta masa lantik peguam baharu susulan kematian Sri Ram Tommy minta masa lantik peguam baharu susulan kematian Sri Ram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640337754_TommyThomas.jpg)
Tommy minta masa lantik peguam baharu susulan kematian Sri Ram
Tommy Thomas akan melantik peguam baharu untuk mewakilinya dalam kes saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan kerajaan Malaysia.
![Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674968677_TBGopalSriRam.jpg)
Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.
![Sri Ram benar-benar faham tugas media, sentiasa sedia membantu Sri Ram benar-benar faham tugas media, sentiasa sedia membantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674968677_TBGopalSriRam.jpg)
Sri Ram benar-benar faham tugas media, sentiasa sedia membantu
Mendiang banyak membantu wartawan semasa menjadi Hakim Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan, dan juga semasa mengendalikan kes sebagai peguam.
![Gopal Sri Ram meninggal dunia Gopal Sri Ram meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674972221_SriRamGopal.jpg)
Gopal Sri Ram meninggal dunia
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.
![Rayuan Najib ditolak, Sri Ram kekal ketuai pasukan pendakwaan kes pinda laporan audit Rayuan Najib ditolak, Sri Ram kekal ketuai pasukan pendakwaan kes pinda laporan audit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670417679_GopalSriRam.jpg)
Rayuan Najib ditolak, Sri Ram kekal ketuai pasukan pendakwaan kes pinda laporan audit
Gopal Sri Ram akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Najib Razak.
![Muhammad Shafee mohon maaf kepada Mahkamah Tinggi, Sri Ram Muhammad Shafee mohon maaf kepada Mahkamah Tinggi, Sri Ram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664876781_TBGOPALSHAFEEjpg.jpg)
Muhammad Shafee mohon maaf kepada Mahkamah Tinggi, Sri Ram
Permohonan maaf itu susulan amaran Sri Ram kepada Muhammad Shafee kerana menuduh pendakwaan sembunyi maklumat surat transaksi wang.