Ruddy turut menegaskan bahawa video tular tersebut tidak berasas dan merupakan usaha untuk memburukkan Kerajaan negeri.
Beliau menegaskan tidak pernah berhubung dengan ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin mengenai soal tanah dan sebagainya.
"...untuk maklumat semua, saya tidak pernah berhubung kepada Menteri Kesejahteraan, Datuk James Ratib, begitu juga dengan saudara Datuk Ghani itu pun saya tidak pernah berjumpa dengan dia untuk berbincang pasal tanah saya terkejut apabila melihat dinaikkan di TikTok mengenai diri saya dan tiga rakan wakil rakyat ini, ini adalah satu yang mereka cuba untuk mengatkan nama kami dalam beberapa video yang telah ditularkan,” katanya.
Beliau dalam masa sama menyeru pihak polis menyiasat dan mengesan pemilik akaun media sosial yang menyebarkan video yang didakwa viral berkenaan.
Ruddy turut menyatakan kesiapsiagaannya untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan nama baiknya dan rakan-rakan adun yang terbabit.
Beliau berkata demikian di dalam satu sidang di pejabat DUN (N.03) Pitas, Karamunsing, di sini, hari ini.