Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding bagi merebut jawatan Exco Wanita Umno pada pemilihan yang akan diadakan Oktober ini.
Ketua Wanita Umno Bahagian Baling itu menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kali ini kerana beliau berpendapat beliau mempunyai kekuatan dalam menjawab tohmahan dan dakyah yang dilontarkan oleh pembangkang termasuk parti Pas.
“Apabila berhadapan dengan ahli parti Pas, mereka banyak menggunakan isu-isu agama dan dengan kehadiran saya dalam Umno, saya yakin isu ini dapat ditangani.
“Kehadiran saya bukanlah semata-mata untuk mewakili kaum wanita sahaja tetapi juga supaya mampu berdepan dengan pihak pembangkang”.
Ditanya mengenai pemilihan jawatan Ketua Wanita Umno, Mashitah berkata beliau yakin bahawa ahli Umno akan membuat pilihan yang terbaik untuk jawatan tersebut.
“Saya percaya kehadiran saya dapat memberi nilai tambah kepada parti dengan pengalaman saya dan disamping itu, kuasa intelek merupakan satu faktor yang amat penting. Oleh itu saya berharap saya diberi peluang untuk menggalas tugas ini,” tambah beliau.
Sebelum menceburkan diri dalam politik, Mashitah merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Di peringkat akar umbi, beliau menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008.
Sehingga kini, beliau masih menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama yang merupakan bidang kepakaran beliau.
Dalam Pilihan raya umum 2004 Mashitah mengalahkan Ustaz Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi.
Arfa Yunus
Mon Aug 26 2013
![Saya tawar diri bertanding untuk jawab tohmahan -Mashitah Saya tawar diri bertanding untuk jawab tohmahan -Mashitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377496217_295x200.jpg)
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
AirBorneo inisiatif bantu ekonomi Sarawak - Abang Jo
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penubuhan airborneo bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai inisiatif memacu pembangunan ekonomi wilayah itu.
SMJE tambah hasil RM100 juta
SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menambah hasil pendapatan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kargo minyak mentah pertama tahun ini.
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
Bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir Sarawak disalur secepat mungkin
Bantuan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) Yang terjejas banjir di sarawak akan disalurkan secepat mungkin selepas senarai penerima dimuktamadkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sarawak.
![Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724425922_TBsingapore.jpg)
Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.
![DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662106615_ChongChiengJen.jpg)
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
![Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725096568_TBABDULHADI.jpg)
Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi
Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
![Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704758953_TBNawazSharif.jpg)
Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.
![Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672451572_BRAZIL.jpg)
Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
![Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693211197_TBTerryGou.jpg)
Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan
Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.
![PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650902527_FaizalAzumu.jpg)
PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.
![Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676912196_TBZAMBRY.jpg)
Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.
![Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674858157_AhmadMaslan.jpg)
Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini
Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023.
![Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673604171_ZambryAbdKadir.jpg)
Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.
![PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653835780_TianChuaKalahBat.jpg)
PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.