PUTRAJAYA: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang pernah menerajui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum dilantik Menteri Kewangan II pada Disember 2023 dalam rombakan Kabinet, menganggap diri beliau lebih sebagai ahli teknokrat berbanding ahli politik.
Malah, bekas ahli korporat itu menegaskan susulan pelbagai usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti pelancaran Kerangka Ekonomi MADANI dan pengenalan beberapa siri dasar bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan domestik, tugas utama beliau lebih tertumpu kepada usaha membantu perdana menteri untuk meletakkan Malaysia di landasan tepat bagi mencapai kemajuan di masa depan.
“Saya di sini bagi membantu Perdana Menteri menjayakan banyak perkara yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan seperti meringankan tugas seharian beliau dan menyusuli semuanya agar beliau berupaya menumpukan lebih banyak masa dalam hal-hal dasar serta kepimpinan kepada kementerian-kementerian lain," katanya kepada Bernama baru-baru ini dalam temu bual media pertamanya sejak memegang jawatan itu pada tahun lepas.
Menyoroti tempoh dua bulan selepas menggalas tanggungjawab dalam Kementerian Kewangan (MoF) yang juga antara kementerian paling penting, Amir Hamzah, 57, menganggapnya sebagai satu peralihan menarik apabila berganjak kepada peranan kerajaan selepas lebih dua dekad menceburi dunia korporat.
Pada masa sama, Amir Hamzah turut membawa bersama profil sebagai anak sulung Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin -- tokoh yang pernah berkhidmat dalam sektor awam serta bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada 1988 hingga 1995.
Ditanya mengenai kisah di sebalik pelantikannya, beliau mendedahkan telah didekati bagi tawaran menggalas tanggjungjawab itu beberapa bulan lebih awal sebelum pengumuman dibuat.
“Buat beberapa lamanya saya tidak memberi sebarang persetujuan kerana ini satu keputusan yang besar. Ini juga satu peranan umum dan pada akhirnya saya bukanlah seorang ahli politik; saya adalah ahli teknokrat dan tahu apa kepakaran saya serta apa yang boleh disumbangkan.
"Namun, saya tidak berkompromi dari segi mengingatkan orang ramai bahawa saya bukanlah ahli politik. Saya tidak berjuang untuk menawan mana-mana kerusi kerana ini tiada dalam DNA (genetik) keluarga saya... sebahagian besar orang tahu bahawa ayah saya pernah berada dalam perkhidmatan awam," kata beliau merujuk kepada Azizan, satu nama besar dalam bidang awam mahu pun swasta.
Azizan melakar kerjaya cemerlang dalam perkhidmatan awam, bermula dengan menyertai Kementerian Pelajaran pada 1960 dan seterusnya menjadi setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri kedua, ketiga dan keempat.
Beliau bersara sebagai ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 1988 dan disusuli dengan menggalas tugas sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas.
Bukan tempoh ‘bulan madu’
Berkongsi bagaimana beliau dapat menyesuaikan diri dengan peranan baharu, Amir Hamzah berkata, jawatan itu tidak menyajikan tempoh ‘bulan madu.’
“Perjalanan peralihan ini sememangnya menarik. Seperti yang anda sedia maklum, saya merupakan ahli korporat yang sibuk bagi satu tempoh yang lama sebelum beralih kepada kerajaan.
“Selepas dua bulan, apa yang pasti, ini bukanlah tempoh bulan madu,” katanya.
Atas alasan itu juga, beliau menegaskan akan melakukan yang terbaik bagi membantu Perdana Menteri mengemudi Malaysia ke arah masa depan lebih cerah dan tidak menolak kemungkinan mengambil keputusan yang tidak popular demi keutamaan negara.
“Saya fikir nilai seorang teknokrat adalah kebolehan untuk menyuarakan dan melakukan apa yang tepat demi negara...kadang-kadang ini boleh melibatkan beberapa keputusan yang sukar, tetapi jika keputusan itu tidak popular namun perlu, maka kita kena buat lah, sama ada anda suka atau tidak kerana mesti memikirkan apa yang penting untuk faedah jangka panjang negara.
"Jika tiada siapa pun yang mahu membuat keputusan itu, maka anak dan cucu kita akan menanggung akibatnya dan saya tidak fikir kita harus berkompromi dengan masa depan mereka semata-mata untuk keperluan kita pada hari ini," katanya.
Tiada cita-cita ceburi politik?
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding kerusi Parlimen pada masa depan, Amir Hamzah berseloroh berkata: "Tidaklah, saya sudah berusia 57 tahun, tetapi tengoklah nanti berapa lama saya di sini dan kalau ada rezeki, adalah….jika tak ada rezeki, tak mengapa.”
Mengulas penglibatan dalam media sosial, Amir Hamzah mengakui bahawa beliau bukanlah aktif di platform Internet pada masa ini, namun tidak kisah untuk mengemas kini perkembangan mengenai kementeriannya pada masa depan.
“Saya tidak kisah menggunakan platform media sosial untuk mengemas kini pengumuman kerajaan atau apa yang kita lakukan di MoF.
“Bagaimanapun, saya masih suka mengekalkan privasi (untuk diri sendiri) kerana saya dibawa masuk untuk membantu kerajaan berdasarkan pengalaman saya bekerja di syarikat korporat,” katanya.
Amir Hamzah dilantik sebagai Menteri Kewangan II berikutan rombakan Kabinet pada 12 Dis, 2023.
Beliau merupakan teknokrat kedua dalam MoF yang mempunyai latar belakang korporat, mengikut jejak langkah bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan dan pengarah eksekutif CIMB Group Holdings Bhd dari 27 Feb, 2015 hingga 9 Mac, 2020.
Amir Hamzah menyertai KWSP - dana pencen terbesar negara dari segi pengurusan aset sebagai ketua pegawai eksekutif pada Mac 2021.
Beliau sebelum itu merupakan presiden dan ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari April 2019 hingga Februari 2021 dan memegang beberapa portfolio pengurusan kanan sepanjang kerjayanya dalam dunia korporat.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam pengurusan (pengkhususan dalam kewangan dan ekonomi) dari Syracuse University, New York, Amir Hamzah juga menghadiri Program Eksekutif Stanford di Stanford University dan Corporate Finance Evening Programme di London Business School. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
"Saya tidak berkompromi dari segi mengingatkan orang ramai bahawa saya bukanlah ahli politik," kata Amir Hamzah dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini. - Gambar Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi
Kerajaan telah sediakan peruntukan RM50 juta bagi bayaran premium STTP tahun ini dan petani hanya perlu mendaftar untuk menerima faedah.
Kerajaan permudah kelulusan rentas sempadan, pacu aliran dana - Amir Hamzah
Kerajaan akan mempermudah kelulusan kewangan rentas sempadan di bawah Dasar Pertukaran Asing bagi membolehkan aliran dana secara cekap mengikut saiz disasarkan.
KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara
KWAP sedang mengenal pasti tanah berpotensi dijadikan Pembangunan Tanah Wakaf, bagi membina rumah persaraan mandiri golongan pesara awam.
GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.