Datuk Seri Nazir Razak dianggap tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di dalam negara ketika mencadangkan penubuhan majlis perundingan negara bagi menyatukan rakyat Malaysia, seperti yang pernah dilakukan bapanya, Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein selepas insiden rusuhan kaum pada 1969.
Itu pandangan Pengarah Institut Kajian Etnik Malaysia (KITA), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin ketika memberi reaksi mengenai saranan tersebut.
Kata Prof Syamsul lagi adalah tidak perlu menubuhkan satu lagi badan yang berperanan seperti Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) sedia ada bagi menyatukan rakyat Malaysia.
"Saya rasa beliau tidak tahu banyak apa yang sedang berlaku di negara ini. Jika beliau tahu, beliau tidak akan keluarkan kenyataan sedemikian," kata Dr Shamsul kepada Astro AWANI pada Khamis.
Jelas Dr Shamsul, MKPN yang ditubuhkan pada November 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah bagi usaha penyatuan nasional dengan mengambil kira aspek perundangan dan selain membentuk dasar mempromosikan keharmonian negara, membina bangsa, pembangunan inklusif, belia dan perpaduan serta integrasi nasional .
"Selepas ini, MKPN akan datang dengan pelan tindakannya sendiri (Blue Print) seperti yang diminta oleh Najib untuk menggalakkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau juga menyarankan sebagai ahli korporat, Nazir boleh turut menyumbang ke arah itu.
"Mungkin beliau (Nazir) boleh membantu dengan memperuntukkan dana khas penyelidikan untuk melihat bagaimana kita menguruskan perbezaan kaum.
"Selain itu dana terbabit boleh disalurkan pada kerusi profesor di UKM terutamanya bagi yang menjalankan kajian mengenai hubungan etnik. Kita mahu melihat adanya bantuan dana ke atas saranan tersebut bukan hanya sekadar kata-kata."
Katanya, sektor swasta ketika ini dilihat lebih berminat dalam membuat wang daripada memupuk perpaduan dan mengekalkan keamanan di negara ini.
“Ini adalah masa yang sesuai bagi konglomerat besar seperti CIMB untuk terlibat secara langsung bagi memberikan sumbangan yang ketara untuk hasil yang ketara.
"Pada asasnya, beliau perlu buat apa yang dicakap," kata Dr Shamsul.
Nazir yang juga Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB berkata demikian apabila ditanya oleh Malaysian Insider (TMI) pada Rabu mengenai pesanan yang mungkin disampaikan jika beliau boleh bercakap kepada rakyat Malaysia pada hari ini.
Wawancara tersebut adalah bersempena memperingati 39 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak.
Sementara itu, beberapa ahli akademik dan sejarawan yang dihubungi Astro AWANI pada Khamis turut mempunyai pendapat yang sama.
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Dr Ramlah Adam, penubuhan satu lagi MKPN bakal mengeruhkan keadaan.
“Saya rasa tidak perlu. Bagi saya, Nazir tidak faham dengan apa yang dicadangkannya. Perlukah negara tubuh satu lagi MKPN? Ia akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Ini kerana ia bakal mengundang permintaan kepada ‘kerajaan yang lebih terbuka’. Cukup dengan apa yang sedia ada. Kita ada MKPN dan kita masih ada Jabatan Perpaduan Negara yang banyak memberi buah fikiran dan cadangan dalam perpaduan negara,” kata Dr Ramlah.
Ramlah turut mempersoalkan saranan tersebut yang dikatakan tidak memandang dalam konteks menyeluruh.
“Bila beliau (Nazir) berkata mengenai tahap perpaduan dan keharmonian negara ini berada pada tahap kritikal, saya ingin bertanya, adakah beliau merujuk kepada rakyat bawahan?
“Bagi saya itu tidak benar, perpaduan antara kaum di negara ini masih ditahap baik. Rakyat masih boleh menjalankan aktiviti atau keluar bekerja tanpa rasa takut. Adakah mereka bergaduh sesama sendiri?
“Yang kita lihat bergaduh dan lantang bersuara adalah ahli politik atau pihak pembangkang. Perpaduan rakyat bawahan tiada masalah,” kata Dr Ramlah.
Manakala Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata buat masa ini cukup hanya dengan MKPN yang sedia ada untuk menangani hubungan kaum di negara ini.
“MKPN telah melakukan yang terbaik dan telah berusaha keras semenjak ia ditubuhkan dengan kerjasama erat pelbagai organisasi perpaduan di negara ini untuk menghasilkan Blue Print terhadap perpaduan negara,” katanya.
Kata Dr Teo, Blue Print ini sedang dalam peringkat akhir penyediaannya dan akan dibincangkan dalam sidang Kabinet sebelum didedahkan pada umum.
“Selain MKPN, institusi KITA di UKM merupakan satu-satunya institusi akademik di negara ini yang menjalankan kajian hubungan antara kaum di negara ini dari segi semua aspek sejak ditubuhkan pada Oktober 2007.
“Seterusnya kita juga ada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Jabatan Perdana Menteri, yang dipertanggungjawabkan untuk mengukuhkan dan memupuk perpaduan di negara ini. Begitu juga Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) yang turut bertujuan memupuk perpaduan.
“Saya rasa cukup dengan apa yang sedia ada, tiada krisis perkauman di negara ini yang memerlukan satu lagi penubuhan MKPN,” kata Dr Teo.
Astro Awani
Fri Jan 16 2015
![Saya rasa Nazir tak tahu apa berlaku dalam negara - Ahli Akademik Saya rasa Nazir tak tahu apa berlaku dalam negara - Ahli Akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/61421379211_295x200.jpg)
Negara tidak perlukan satu lagi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara kata Ahli Akademik - Gambar Fail
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Saya rasa Nazir tak tahu apa berlaku dalam negara - Ahli Akademik Saya rasa Nazir tak tahu apa berlaku dalam negara - Ahli Akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/61421379211_295x200.jpg)
Saya rasa Nazir tak tahu apa berlaku dalam negara - Ahli Akademik
Datuk Seri Nazir Razak dianggap tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam negara ketika mencadangkan penubuhan majlis perundingan negara.