KUALA TERENGGANU: 'Saya ikhlas dan reda melepaskan Fatin pergi bersama anak syurga kami kerana ALLAH SWT lebih menyayangi mereka, luah Mohd Lekman Zakaria, 36.
Jenazah isterinya, Fatin Hazlin Dahlia Mazlam, 30 bersama bayi, Sayyid Uwais Al-Qarni yang berusia setahun lapan bulan serta dua anak dalam kandungan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu Hampar, Manir, di sini kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu.
Kata Mohd Lekman, dia tidak dapat menghantar arwah isterinya buat kali terakhir di tanah perkuburan kerana keadaan kakinya yang masih retak dan tidak mampu berjalan.
"Hanya doa sahaja yang mengiringi Allahyarham. Saya masih tak sanggup untuk menatap wajah arwah. Lagipun kaki saya masih belum sembuh dan tidak boleh berjalan," katanya ketika hubungi di sini pada Sabtu.
Mengulas mengenai kandungan arwah isterinya, Mohd Lekman berkata, Allahyarham sebenarnya ingin memberikan kejutan kepada kedua ibu bapanya.
"Dia minta saya rahsiakan kandungannya daripada kedua ibu bapanya kerana berhasrat untuk memberikan kejutan. Tak sangka pula mereka 'pergi' bersama lebih awal.
"Walaupun masih terkejut dan bersedih. Saya reda dan pasrah atas ketentuan Ilahi," ujar Mohd Lekman.
Mengenai anak-anaknya pula, katanya, dia belum memikirkan lagi kerana mereka masih dirawat di hospital.
"Mungkin juga mereka akan tinggal bersama datuk dan nenek buat sementara waktu," katanya yang turut mengalami kecederaan pada anggota badan.
Dua anaknya iaitu Nur Qaireen Luffiya, 5, dan Muhammad Arsyad Syahiran, 9, masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala seorang lagi, Sayyid Lutfi Mohd Lekman, 7, sudah stabil.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang wanita maut manakala bayinya dan seorang lagi penumpang cedera parah setelah Perodua Alza dipandu hilang kawalan lalu bertembung dengan treler tangki minyak di kilometer 83 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Kampung Bintang, di Setiu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang itu menyebabkan Fatin Hazlin Dahlia yang memandu kenderaan itu meninggal dunia di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 29 2022
Jenazah Sayyid Uwais Al-Qarni dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu Hampar, Manir di Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu. Gambar kecil: Mohd Lekman. - Foto Sinar Harian
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
'Saya pasrah, Allah lebih menyayangi mereka'
Jenazah isterinya bersama bayi yang berusia setahun lapan bulan serta dua anak dalam kandungan selamat dikebumikan di Manir pada Sabtu.