KUALA LUMPUR:Wartawan sebuah akhbar tempatan, Azrul Affandi Sobry dilaporkan positif COVID-19 selepas pulang membuat liputan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.
Azrul ketika dihubungi Astro AWANI berkata, beliau dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langat mengenai keputusan ujian saringan COVID-19 pada pukul 7 malam Ahad, sebelum dibawa ke wad Isolasi di Sungai Buloh pada pukul 11.30 malam tadi.
Jelas Azrul, beliau mengalami simptom termasuk batuk dan sakit sendi selepas sehari pulang dari Sabah iaitu pada 30 September lalu.
“Saya menjalani kuarantin di rumah seorang diri. Pagi tadi, doktor membuat ujian tekanan darah, dan tekanan darah saya agak tinggi iaitu sekitar 150.
“Selepas itu, saya akan diminta membuat (imbasan) X-ray, dan akan ditentukan sama ada perlu dipindahkan ke wad (atau sebaliknya),” katanya.
Mengulas lanjut, Azrul yang terkenal dengan jolokan ‘Cikgu COVID’ menyifatkan masih tidak percaya dijangkiti virus tersebut.
“Daripada awal dulu, saya memang setiap hari buat ‘live’ mengenai COVID-19 pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac.
“Hari-hari saya buat ‘live’ bercerita fasal COVID-19, data, statistik dan sebagainya. Saya buat ‘live’ tanpa henti selama lebih kurang tiga bulan.
“Jadi, ramai pengikut (Facebook) kenal saya sebagai ‘Cikgu COVID’. Itu yang saya tak percaya tiba-tiba orang yang mengajar fasal COVID-19, akhirnya kita yang kena,” jelasnya sambil mengakui beliau bagaimanapun redha dengan perkara itu.
Jelas Azrul, empat lagi rakan sekerjanya disahkan negatif COVID-19 selepas membuat ujian saringan.
Terdahulu, Azrul memuat naik gambar beliau memakai pelitup muka dan bertopi, memaklumkan berada di wad Isolasi Sungai Buloh.
Beliau dijangka berada di wad tersebut selama 14 hari.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai boleh mendoakan kesihatannya dan pesakit-pesakit lain di wad tersebut.
Dalam pada itu, Media Prima Berhad dalam satu kenyataan mengesahkan seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dijangkiti COVID-19, dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.
“Kakitangan terbabit baru pulang daripada menjalankan tugasan editorial di Sabah pada 29 September dan menjalani ujian mandatori COVID-19 yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kakitangan berkenaan menjalani kuarantin sukarela di rumah sejak pulang dari Sabah, sebelum didapati positif COVID-19,” demikian menurut kenyataan tersebut, sebentar tadi.
Jelas syarikat televisyen swasta itu lagi, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan KKM, selain telah mengambil langkah-langah pencegahan bagi meminimakan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.
Sebelum ini, beberapa ahli politik turut disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.
Hasimi Muhamad
Mon Oct 05 2020
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Azrul memaklumkan beliau kini ditempatkan di wad Isolasi COVID-19 di Sungai Buloh - Gambar Facebook Azrul Affandi Sobry
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.
JKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana, aplikasi sistem eBencana hadapi MTL
KKR melalui JKR mengaktifkan BiGBen dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkatkan kesiapsiagaan menghadapi MTL.
Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar
Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.