“Saya serba salah tidak ikut mereka pergi semua, sedangkan ayah beriya-iya mengajak saya sama, sekarang semua ahli keluarga saya sudah tiada."
Itulah luahan Wan Muhammad Hazim Wan Mohd Fauzi, 19, seorang ahli keluarga kepada enam mangsa yang rentung dalam nahas di kilometer 25 Jalan Keratong-Bahau, berhampiran ladang Risda Palong, Jempol, petang semalam.
Wan Muhammad Hazim yang ditemui di Hospital Jempol ketika hadir membuat proses pengecaman jenazah ibu bapa dan empat adik-beradiknya berkata, keluarganya bertolak ke Kuantan untuk menghantar adik keduanya yang akan memulakan semula pengajian di Kolej Vokasional Kuantan selepas bercuti sekitar 10 pagi.
Katanya, dia sememangnya jarang turut serta berjalan jauh bersama keluarganya ekoran sibuk menguruskan perniagaan online miliknya.
Namun pada hari kejadian, ayahnya mengejutkannya seawal jam 8 pagi dan memujuk untuk turut serta, namun dia tetap berdegil.
Katanya, dia hanya dimaklumkan oleh pihak polis yang datang ke rumahnya di Putrajaya sekitar 6 petang yang memintanya untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dalam kadar segera.
Sejurus membuat panggilan, dia hanya dimaklumkan bahawa hanya ayahnya yang sudah tiada namun keadaan ibu dan adik beradiknya yang lain tidak dinyatakan.
"Anggota polis itu hanya memaklumkan ayah saya terlibat kemalangan dan tidak pula memberitahu mengenai nasib lima lagi anggota keluarga saya. Saya tak sangka kejadian ini boleh berlaku," katanya.
Katanya, enam yang maut ialah bapanya Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51, ibunya Masnoraida M Yusoff, 45, Wan Muhammad Muhaimin, 22, Wan Nor Athirah, 18, Wan Mohd Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisya, 7 tahun.
Wan Muhammad Hazim yang kini yatim piatu berkata, dia dapat mengesahkan yang terkorban itu adalah ahli keluarganya berdasarkan pakaian yang dipakai oleh adiknya Wan Nor Athirah.
Katanya, jenazah semua ahli keluarganya itu dijangka dibawa pulang ke kampung di Melor, Kelantan untuk urusan pengebumian sejurus selesai proses bedah siasat yang dijangka dilakukan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki enam beranak bertembung dengan sebuah treler yang memasuki laluannya sebelum kenderaan mereka dihempap treler berkenaan di kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, berhampiran ladang Risda Palong.
Kemalangan itu turut meragut dua nyawa suami isteri yang menaiki Perodua Myvi iaitu Osman Mohamed Taip, 31, dan Rosniza Othman, 32, manakala anak lelaki mereka berusia tiga tahun parah.
Pemandu Treler dan Toyota Vios terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Raffi Bachik
Sun Jun 11 2017
Lapan maut, termasuk enam sekeluarga rentung, dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Ladang Risda Palong, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. - abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita yang sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.
Lelaki didakwa cederakan ibu diarah jalani pemeriksaan mental
Seorang lelaki diarah menjalani pemeriksaan mental sebelum didakwa atas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya dengan pisau.
24 pelajar sekolah di Jempol dirawat akibat keracunan makanan
Sembilan daripada mereka dibenarkan pulang Khamis sementara 15 lagi masih berada di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Muhamad Hasrulnizam membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret.
Tipu katering: Fauziah ada empat kes dihendaki polis
Polis meminta kerjasama seorang wanita untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
Polis siasat syarikat jurusaji perdaya pakej perkahwinan
Polis akan mendapatkan butiran lanjut mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan.
Kenduri kahwin jadi 'mimpi ngeri', katering tak muncul-muncul
Sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung penuh meriah di Jempol bertukar 'mimpi ngeri,' apabila pihak katering tidak muncul.
Pertimbang subsidi 30 peratus baja buat peneroka Felda - Shamsulkahar
Ahli Parlimen Jempol mencadangkan kepada kerajaan agar mempertimbangkan subsidi 30 peratus baja kepada peneroka Felda.
Remaja maut langgar lembu melintas jalan
Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya disyaki melanggar sekumpulan lembu yang melintas di Jalan Besar Lui Muda di sini pada awal pagi Jumaat.