SEREMBAN: Polis akan mendapatkan butiran lanjut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan di Jempol seperti yang tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata pihaknya juga mengesan nombor akaun bank selain mendapatkan maklumat pemilik akaun menerusi portal Commercial Crime Intelligence System (CCIS) serta telco yang digunakan mereka.
"Kita rujuk SSM untuk dapatkan butiran pemilik perniagaan dan nombor akaun. Mangsa yang juga pengantin perempuan mengatakan tidak pernah berjumpa jurusaji dari Shah Alam, Selangor itu secara bersemuka dan semua urusan dilakukan secara dalam talian.
"Berdasarkan siasatan awal, wanita berusia 26 tahun itu didapati berurusan dengan syarikat tersebut pada 3 April lepas di Facebook, sebelum membuat pembayaran sebanyak tiga kali dengan keseluruhan berjumlah RM13,200 untuk pakej perkahwinan yang diadakan pada dua hari lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, wanita itu tidak menerima keseluruhan pakej yang dijanjikan dan membuat laporan polis sebelum majlis perkahwinan berkenaan berlangsung bagi tindakan selanjutnya.
Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Semalam, media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu pihak jurusaji bagi pakej kenduri kahwin hingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu pihak jurusaji bagi pakej kenduri kahwin hingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

Polis siasat syarikat jurusaji perdaya pakej perkahwinan
Polis akan mendapatkan butiran lanjut mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan.