Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia hanya mengetahui broker yang dikaitkan dengan kontroversi pembelian Dudley House oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia hanya selepas perjanjian itu selesai.
Dengan mengambil pendirian dalam saman fitnahnya terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Khairul Azwan memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mengetahui Erwan Azizi, broker yang dikatakan untuk perjanjian itu, apabila lelaki itu menyertai lembaga syarikatnya, Biosis Group Berhad pada akhir 2014.
"Saya tidak tahu menahu dan tiada kaitan langsung mengenai pembelian Dudley House," katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Datuk M Reza Hassan.
Mahkamah juga diberitahu bahawa transaksi Dudley House, di mana beberapa pegawai Mara Inc didakwa terlibat dengan sogokan selepas terlebih bayar RM13.8 juta telah dibuat pada tahun 2012.
Pada 30 Julai tahun lalu, Khairul Azwan memfailkan saman terhadap Rafizi.
Khairul Azwan selaku pihak plaintif menyatakan, Rafizi yang dinamakan sebagai pihak defendan telah mengedarkan dan menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya ketika mengadakan sidang akhbar di pejabat Rafizi di Pusat Perkembangan Minda Uni Infiniti pada 6 Julai tahun lalu.
Khairul Azwan yang juga pengarah syarikat Biosis Group Bhd mendakwa perkataan yang diterbitkan itu antara lain mempersoalkan kononnya beliau terlibat dalam urus niaga pembelian 746 Swanston Street di Australia oleh syarikat milik penuh Mara Inc, Thrushcross Land Holdings Limited.
Katanya, kenyataan itu membawa maksud bahawa beliau kononnya mempunyai kepentingan dalam urus niaga yang dijalankan selain mendakwa urus niaga itu telah menyebabkan Thrushcross Land Holdings Limited mengalami ketirisan sebanyak RM63 juta.
Khairul Azwan berkata, reputasinya sebagai ahli perniagaan dan ahli politik terjejas selain dipandang hina oleh masyarakat umum atas dakwaan kononnya terbabit dalam transaksi meragukan untuk mengaut keuntungan bagi kepentingan sendiri.
Jelasnya, dia tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk memaklumkan apa sahaja penjelasan yang dimahukan peguam Rafizi, William Leong.
Hakim S. Nantha Balan menetapkan 22 Julai ini untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan 1 Ogos depan untuk penjelasan kedua-dua pihak.
Wan Syamsul Amly
Tue Jun 07 2016

AZWAN BRO: Saya hanya tahu Erwan Azizi selepas perjanjian Dudley House selesai. -Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Saya hanya tahu Erwan Azizi selepas perjanjian Dudley House selesai - Azwan Bro
Khairul Azwan Harun memberitahu Mahkamah Tinggi dia hanya mengetahui broker yang dikaitkan dengan kontroversi pembelian Dudley House oleh Mara Inc di Australia hanya selepas perjanjian selesai.

Pembelian hartanah di Melbourne tiada ruginya - Shafie Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, semua pembelian hartanah di Australia yang dibuat oleh MARA Inc menghasilkan keuntungan.

Polis Persekutuan Australia lancar serbuan bantu siasatan penipuan hartanah
Polis Persekutuan Australia hari ini telah melancarkan beberapa serbuan di Melbourne ekoran penyiasatan ke atas pembelian sebuah hartanah di situ.