Peguam aktivis Siti Zabedah Kassim atau Siti Kassim berkata tindakan beliau membenarkan anak guamnya berada di rumahnya adalah untuk melindungi mangsa.
Bercakap kepada wartawan selepas dibebaskan, Siti berkata Majistret Kajang enggan membenarkan permohonan reman selepas meneliti keseluruhan kes berkenaan.
BACA: Mahkamah tolak permohonan reman Siti Kassim
“Majistret membuat keputusan tepat tersebut setelah mendengar secara terperinci kes berkenaan. Saya hanya jalankan tugas sebagai peguam yang terbaik dan saya tidak cetuskan kekecohan,
“Saya juga memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis,” katanya sambil menambah tindakan beliau yang dilihat agresif dalam video yang tular adalah sebagai tindakan tepat.
Siti Kassim didakwa ‘menculik’ anak guamnya dari keluarga beliau ketika wanita itu sedang mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Kajang.
BACA: Siti Kassim ditahan halang tugas penjawat awam
“Sebagai seorang peguam, anda mahu peguam anda bersifat lemah jika berada dalam situasi berkenaan?
“Ramai kaum lelaki cuba menolak saya di hospital ketika itu, jadi mengapa saya tidak tegas? Saya tidak akan lemah dalam keadaan sebegitu,” katanya.
Penahanan itu tular menerusi video berdurasi tiga minit yang dimuat naik di media sosial.
Siti berkata beliau juga tidak tahu di mana anak guamnya berada ketika ini.
“Saya tidak tahu, saya ditahan semalaman dan saya tidak sempat mandi atau berus gigi, apa lagi untuk menghubungi sesiapa,” katanya.
Najib Aroff
Sun Jun 24 2018
Siti Kassim berkata tindakannya yang dilihat agresif dalam video tular adalah sebagai satu langkah tepat. -Facebook Suri Kempe
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Kes bunuh Kevin Morais: Keputusan rayuan enam lelaki pada 14 Mac 2024
Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 14 Mac tahun depan untuk keputusan rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Kevin Morais, lapan tahun lepas.
Saya hanya mahu lindungi anak guam - Siti Kassim
Siti Kassim berkata tindakan beliau membenarkan anak guamnya berada di rumahnya adalah untuk melindungi mangsa.
Siasatan SRC: Peguam Najib tarik diri
Difahamkan, bekas pendakwa raya kanan, Yusof Zainal Abideen dan peguam jenayah terkemuka, M Puravalen serta peguam lain dalam pasukan itu gagal mencapai asas yang sama dengan anak guam mereka.