Serangan di Paris tempoh hari oleh pengganas yang mengakibatkan lebih 120 kematian dan ratusan lain cedera tidak boleh dikompromi sama sekali.

Akal yang waras tidak patut langsung mewajarkan tindakan ini malah mengutuk secara terbuka serangan atas apa-apa nama kumpulan atau motif sekali pun.

Justeru sebagai seorang ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), saya menyokong tanpa syarat kenyataan IKRAM yang mengutuk serangan tersebut dan bersolidariti bersama-sama mangsa serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

MESTI BACA: Serangan bersiri Paris: Apa yang diketahui setakat ini

MESTI BACA: #PrayForTheWorld: Berkabung untuk dunia, bukan sekadar Paris

REUTERS/Philippe Wojazer
REUTERS/Christian HartmannNamun begitu, ketika pengguna laman Facebook diberi ruang untuk mengeset gambar profil untuk berada di sebalik lambang bendera Perancis lutcahaya, ramai pula yang mempersoal tindakan beberapa pihak yang melakukan tindakan sedemikian.

MESTI BACA: Perancis mahu darurat selama tiga bulan

Timbullah banyak persoalan daripada pengguna media sosial seperti “Kenapa bila Perancis kena baru nak tukar? Bila Palestin, Syria kena hari-hari tak mahu tukar pula?”, “Tukar gambar profil sekadar trend sahaja,” dan “Mangsa MH370 dan MH17 lebih ramai, kenapa masa tu kita tak tukar gambar profil jadi bendera Malaysia?”

MESTI BACA: Keganasan di Paris tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama - Asyraf Wajdi

Mungkin boleh dipersoal mengapa tidak Mark Zuckerberg sediakan tetapan gambar profil sedemikian pada masa lain.

Namun secara prinsipnya, apakah masalah besar ketika ramai orang menukar gambar profil mereka?

Apakah salah jika kita menunjukkan simpati ketika mana lebih 120 jiwa di Eropah hilang angkara taklid buta dan nafsu pihak berkepentingan?

Adakah hanya kerana mereka warga Eropah dan bukan Muslim dan tidak seperti mereka di Palestin dan Syria, maka jiwa-jiwa yang hilang itu “kurang sifat manusianya” berbanding mereka yang lain?

ALBUM FOTO: #PrayForParis: Merah, putih dan biru di mercu tanda dunia
Pusat Dagangan Dunia di New York turut disinari warna merah, biru dan putih, warna-warna bendera Perancis bagi memperingati mangsa serangan bersiri di Paris yang meragut lebih 100 nyawa pada Jumaat. - AP Photo/Kevin Hagen

Adakah wajar kita membahaskan tindakan bersimpati ini ketika mana seorang ibu kehilangan anaknya dan seorang anak kecil kehilangan ibu bapa mereka sebagai penjaga mereka sebelum ini?

Mungkin ada yang ingin mempersoalkan kehipokritan sesetengah pihak yang melakukan tindakan ini sama ada memang betul bersimpati atau sekadar mahu meraih populariti.

MESTI BACA: Malaysia tidak akan biarkan keganasan berlaku - Ahmad Zahid

Mengapa pula kita perlu mahu menyelidik sedalam-dalamnya apa yang ada dalam hati manusia?

Apa pula bahayanya jika mereka yang berbuat demikian hanya kerana populariti?

Kita tidak tahu isi hati orang lain dan bukan tugas kita pun menghakimi apa niat orang lain.

Malah boleh jadi kerana ada yang ingin mengikut trend, ada yang benar-benar ikhlas akhirnya mengambil maklum dan mula cakna akan tragedi ini dan menyedarkan mereka bahaya ekstremisme.

Bagaimana pula pihak-pihak lain boleh mendakwa tiada solidariti ditunjukkan apabila berlaku serangan di Palestin, Syria, Myanmar dan tempat-tempat lain dilakukan?

Tidakkah kita maklum bahawa di Malaysia sendiri, betapa banyak terdapat NGO yang ditubuhkan khas semata-mata memberi kesedaran dan membantu mangsa keganasan Zionis di Palestin? Jika NGO seperti Aqsa Syarif, Aman Palestin, Viva Palestina, Muslim Care Malaysia dan banyak lagi NGO lain-lain tidak cukupkah membuktikan keprihatinan manusia?

Tidak cukup dengan itu, IKRAM sendiri contohnya menyusun kembali NGO-NGO kemanusiaan di bawahnya seperti Aqsa Syarif, IKRAM4SYRIA, Salam Iraq dan banyak lagi NGO lain bawah satu NGO baharu, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi memperkemas lagi bantuan kemanusiaan dan program kesedaran terhadap kezaliman yang terjadi di tempat-tempat terbabit.

Ketika tragedi MH17 dan MH370 pula, lupakah kita betapa setiap hari diadakan sidang media agar seluruh dunia mengetahui maklumat semasa?

Berbagai-bagai poster telah direka dan disebar dalam berbagai-bagai fasa pendedahan tragedi tersebut. Ribuan dunia bersolidariti dengan meninggalkan bunga dan lilin di hadapan kedutaan negara kita dan China terutamanya.

Sesuatu yang mengarut tentang kritikan solidariti terhadap tragedi Paris yang menyifatkannya sebagai hipokrit ialah seolah-olah semua orang telah bersolidariti terhadap Syria, Palestin, Rohingnya dan seumpamanya.

MESTI BACA: Militan IS beri amaran 'itu hanyalah ribut yang baru bermula'

Lupakah kita bahawa apabila tiba-tiba terjadi tindakan balas-membalas roket dengan tidak adil antara Palestin dan Zionis Israel, betapa ramai antara kita yang bersolidariti bersama rakyat Palestin?

Bagaimana pula dengan Intifada baru-baru ini?

Tindakan mengkiritik solidariti bersama mangsa Paris ini seolah-olah megkritik tindakan dunia yang prihatin akan wabak penyakit respiratori MERS-CoV dan mempersoal pula mengapa tidak penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis jenis II diambil berat.

Mengarut, bukan?

Sudah tentunya MERS-CoV diambil berat ketika ia tiba-tiba terjadi kerana ia memerlukan perhatian segera kerana ia sesuatu yang baharu sedangkan penyakit-penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis ialah penyakit kronik yang telah banyak strategi dirangka secara global dengan geran lebih berbilion dolar Amerika jika digabungkan semuanya.

Samalah seperti serangan pengganas terhadap Paris ini, kerana ia bukan sesuatu yang norma untuk terjadi sedemikian, sudah tentulah perlu diambil perhatian segera.

Apabila siasatan bermula dan keadaan beransur pulih sedikit demi sedikit, perhatian akan tetap beralih kembali kepada tragedi yang lebih “kronik” seperti Palestin dan Syria.

Saya sendiri yang menukar gambar profil pun tidak merancang mengekalkannya selama-lamanya, justeru menetapkannya hanya untuk seminggu sahaja.

Yang lebih penting ialah bukan mempersoalkan solidariti orang lain dan keikhlasan mereka tetapi hati kita sendiri sama ada kita mendiskriminasi pihak lain hanya kerana “warna kulit kaya” yang hilang jiwanya.


#PrayForTheWorld: Harapan dunia lebih aman
Saya dengan ini menyeru lebih ramai rakyat Malaysia, Muslim mahupun bukan agar bersolidariti bersama mangsa serangan di Paris dan mengutuk tindakan pengganas tersebut tidak kira siapa nama mereka atau apa sahaja motif mereka.

*Wan Salman ialah pembaca astroawani.com, dan boleh dihubungi di Twitter @wsalmanwsallam

**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Astro AWANI.