Ketua Hakim Negara yang baharu Tan Sri Md Raus Sharif berkata beliau akan menunaikan kewajipan dengan segala upayanya seperti dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan Majlis Raja-Raja atas pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
"Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya menerusi aplikasi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai pelantikanya itu.
Dalam kenyataan hari ini, Md Raus juga berkata beliau akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifn Zakaria bagi memastikan Badan Kehakiman Malaysia terus cemerlang.
Md Raus, 66, ialah Ketua Hakim Negara ke-14 menggantikan Arifin yang bersara selepas mencapai usia 66 tahun dan enam bulan, semalam.
Umur persaraan bagi hakim ialah 66 tahun. Bagaimanapun, perkhidmatan Arifin dan Md Raus telah dilanjutkan selama enam bulan.
Perkhidmatan Md Raus telah dilanjutkan dari 4 Feb, 2017 kepada 3 Ogos tahun ini.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan mengikut Klausa (1), Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas bermesyuarat dengan Majlis Raja-Raja.
Menurut kenyataan itu, Sultan Muhammad juga berkenan atas pelantikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Md Raus.
Kenyataan itu berkata hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop dilantik sebagai Hakim Besar Malaya, menggantikan Zulkefli.
Md Raus dilahirkan pada 4 Feb, 1951 di Rembau, Negeri Sembilan dan mendirikan rumanhtangga dengan Puan Sri Salwany Mohamed Zamri. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak.
Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin.
Md Raus menamatkan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), lpoh, Perak. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya pada 1976.
Beliau adalah kumpulan perintis pelajar undang-undang Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics pada 1987.
Kerjaya cemerlang Md Raus dalam bidang perundangan bermula pada 1976 apabila dilantik sebagai pegawai yang dipinjamkan ke Mahkamah Majistret di Court Hill dan kemudian di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Selepas beberapa bulan, beliau dilantik sebagai Majistret dan ditukarkan ke Pontian, Johor.
Beliau kemudian berkhidmat dalam Perkhidmatan kehakiman dan Perundangan dengan menyandang jawatan seperti Presiden Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan dan Terengganu, Penasihat Undang-undang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka, Penasihat Undang-undang Kementerian Pertahanan, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Kelantan dan Peguamcara Perbendaharaan Kementerian Kewangan sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Nov 1994.
Pada 12 Jan 1996, beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.
Semasa tempoh pelantikannya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, beliau berkhidmat di Shah Alam, Muar, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di Bahagian Dagang, Sivil (Mahkamah Keluarga) dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.
Beliau diangkat ke Mahkamah Rayuan pada 28 Julai, 2008 dan selepas itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 14 Okt, 2009.
Pada 12 Sept, 2011, Md Raus dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengalu-alukan pelantikan Md Raus sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
Beliau berkata Md Raus layak menyandang jawatan itu dan dari segi kekananan, beliau berada dalam senarai untuk kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi dalam badan kehakiman.
Mohamed Apandi berkata Md Raus merupakan graduan lulusan undang-undang yang pertama dari universiti tempatan untuk menduduki jawatan terhormat itu.
"Saya mengucapkan tahniah dengan seikhlasnya. Saya gembira atas pelantikan itu baginya dan Badan Kehakiman dan yakin beliau akan mempertahankan imej cemerlang Badan Kehakiman dari segi integriti dan produktiviti," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Md Raus. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017
![Saya akan tunaikan kewajipan sebagai Ketua Hakim Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan - Md Raus Saya akan tunaikan kewajipan sebagai Ketua Hakim Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan - Md Raus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491059390_MdRausSharif.jpg)
Md Raus berkata beliau akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifn Zakaria bagi memastikan Badan Kehakiman Malaysia terus cemerlang. - Gambar fail
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720733846_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Ketua Hakim Negara mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Dzaiddin Abdullah.
![[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara [BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720733126_DzaiddinAbdullah.jpg)
[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara
Allahyarham Mohamed Dzaiddin cukup disegani terutama apabila beliau menjadi peguam pertama dilantik Ketua Hakim Negara.
![Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720713348_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini.
![Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718786049_tbESGNationalConfe.jpg)
Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun
Litigasi berkaitan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka akan terus meningkat pada tahun mendatang.
![Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur - Ketua Hakim Negara Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur - Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665662190_TanSriTengkuMaimu.jpg)
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
![Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang - Ketua Hakim Negara Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang - Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705301258_TBMAIMUNTUANMAT.jpg)
Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata berbeza dengan ahli politik, hakim tidak perlu menjawab kepada sesiapa, atau diperintah oleh desakan politik atau populariti.
![Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X
Mahkamah menegur seorang peguam yang membuat kenyataan bersifat putar belit mengenai prosiding petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di platform X.
![Kes dadah paling tinggi direkodkan di Kelantan tahun lepas - Tengku Maimun Kes dadah paling tinggi direkodkan di Kelantan tahun lepas - Tengku Maimun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673249459_TengkuMaimun.jpg)
Kes dadah paling tinggi direkodkan di Kelantan tahun lepas - Tengku Maimun
Kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan jumlah tertinggi didaftarkan di Kelantan iaitu sebanyak 3,683 kes, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
![Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara - Azalina Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677165210_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara - Azalina
Laporan SPRM terhadap Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
![Peguam gagal dapatkan kebenaran cabar kesahan pengampunan diraja Anwar Peguam gagal dapatkan kebenaran cabar kesahan pengampunan diraja Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673251392_TanSriTengkuMaimu.jpg)
Peguam gagal dapatkan kebenaran cabar kesahan pengampunan diraja Anwar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Mohd Khairul selepas mendapati perkara itu kini bersifat akademik.