KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Arab Saudi (Saudia) menandatangani perjanjian dengan Tabung Haji (TH) untuk membawa jemaah haji Malaysia bagi tempoh tiga tahun dari 2022 hingga 2024.
Perjanjian yang ditandatangani pada Khamis di ibu pejabat TH di sini, melibatkan pengangkutan jemaah haji bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad bin Abdul Aziz di Madinah, menurut Kedutaan Arab Saudi dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Surat tawaran haji mula dikeluarkan Isnin depan - TH
BACA: Kos haji tahun ini naik RM2,500 bagi seorang jemaah
Majlis menandatangani perjanjian dihadiri duta Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Qattan, Ketua Pengarah Jabatan Haji dan Umrah di Saudi Airlines Amer Al-Ghamdi, Pengarah Saudi Airlines untuk Malaysia, Thailand dan Vietnam Ahmed Al-Owaidi, dan Pengurus Operasi Saudi Airlines di Indonesia, Malaysia dan Thailand Mohammed Al-Ghamdi.
Bagi pihak Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman turut hadir, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Syarikat Penerbangan Arab Saudi (Saudia) menandatangani perjanjian dengan Tabung Haji (TH) untuk membawa jemaah haji Malaysia bagi tempoh tiga tahun dari 2022 hingga 2024. - Gambar fail
Harga makanan di kantin sekolah dipantau PPD
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, tindakan tersebut bagi memastikan harga yang ditawarkan adalah bersesuian dan tidak membebankan murid-murid.
Biden seru redakan retorik politik di AS selepas cubaan bunuh Trump
Sudah tiba masanya untuk meredakan retorik politik di Amerika Syarikat (AS), kata Presiden Joe Biden semasa ucapan mengenai cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump.
Pengawal keselamatan tembak pegawai bank terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru pada Isnin mengetepikan hukuman gantung berkenaan terhadap La Ode yang berusia 47 tahun.
Softbank ambil alih pembangun cip Graphcore
Dengan adanya Softbank, masalah dana mungkin selesai dan membolehkan Graphcore bergerak ke fasa seterusnya.
Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.
[TERKINI] Argentina tampil juara Copa America 2024, benam Colombia 1-0
Argentina tampil juara Copa America 2024 selepas berjaya menundukkan Colombia 1-0 selepas masa tambahan pada perlawanan akhir di stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
Speedy Tigers tutup kempen Eropah dengan kekalahan
Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen jelajah Eropah dengan satu lagi kekalahan, kali ini tumpas kepada India, 1-2, di Zwolle Hockey Club, Belanda pada Ahad.
"Dia ni (Jelutong) anti-Islam" - YB Pendang digantung 3 hari
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar dewan selama tiga hari bermula Isnin susulan menuduh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer seorang individu anti-Islam.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Bekas pengarah mengaku tak bersalah empat pertuduhan salah guna harta syarikat
Seorang bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan salah guna harta syarikat berjumlah RM96,780 kira-kira 10 tahun lepas.
Final Copa America bertukar kecoh akibat tindakan penyokong
Aksi final Copa America 2024 antara Argentina dan Colombia ditunda selama 30 minit di Florida selepas ribuan penyokong tanpa tiket merempuh kawalan keselamatan dan cuba memasuki stadium pada Ahad.
Susulan kekecohan itu, badan induk bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL terpaksa mengundur masa mula perlawanan ke belakang sebanyak tiga kali.
Susulan kekecohan itu, badan induk bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL terpaksa mengundur masa mula perlawanan ke belakang sebanyak tiga kali.
Saudia, TH tandatangan perjanjian bawa jemaah Malaysia untuk tempoh tiga tahun
Syarikat Penerbangan Arab Saudi (Saudia) menandatangani perjanjian dengan Tabung Haji (TH) untuk membawa jemaah haji Malaysia bagi tempoh tiga tahun dari 2022 hingga 2024.
Amal by Malaysia Airlines jadual semula penerbangan penumpang di Arab Saudi
Disebabkan penjadualan semula penerbangan Amal by Malaysia Airlines itu, sesetengah penumpang mungkin perlu berlepas daripada bandaraya berbeza atau mungkin mengalami kelewatan penerbangan.
Ahlan wasahlan ... 'Saudia' selamat datang!
Syarikat Penerbangan Saudia memperkenalkan Boeing Dreamliner-10, naik taraf laluan Jeddah-KUL-Jeddah.