Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan di negara ini bagi memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan baik sekali gus memperkukuh bidang kuasa institusi perundangan Islam itu pada masa depan.
Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata setakat ini mahkamah dalam sistem kehakiman syariah mempunyai tiga lapisan iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
"Perak merupakan negeri pertama mewujudkan satu lagi peringkat iaitu Mahkamah Utama Syariah, mahkamah teratas selepas Mahkamah Rayuan Syariah dan ini perlu bagi memastikan kes dan masalah yang berlaku di peringkat Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah dapat diselesaikan secara adil.
"Pada masa ini, kes yang dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah, hak rayuan hanya sekali sahaja sebelum ke Mahkamah Rayuan Syariah sedangkan kebanyakan kes yang difailkan di mahkamah ini lebih berat dan tuntutan lebih banyak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka di Kompleks Mahkamah Syariah pada Rabu.
Majlis pentauliahan kepada 77 peguam syarie termasuk enam pentauliahan khas itu dirasmikan Ketua Menteri Adly Zahari.
Pada 5 Dis tahun lepas, Perak menjadi negeri pertama mempunyai empat lapisan mahkamah syariah setelah persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 negeri itu meluluskan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Perak Ke-14 pada 6 Ogos tahun lalu, menitahkan agar satu lagi lapisan Mahkamah Rayuan diwujudkan dalam sistem Mahkamah Syariah di Perak.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga dinasihatkan tidak menggunakan platform media sosial untuk meluahkan masalah termasuk mengaibkan pasangan masing-masing kerana ia memberi kesan besar dalam kehidupan mereka.
Beliau berkata pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga perlu merujuk kepada pihak ketiga seperti kaunselor profesional di Jabatan Agama Islam atau individu yang boleh dipercayai bagi membantu menyelamatkan perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Adly berkata sebanyak 1,979 kes penceraian didaftarkan di Melaka pada tahun ini dalam tempoh Jan hingga semalam dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,459 kes telah diselesaikan.
Katanya kes tuntutan penceraian antara tertinggi direkodkan dengan jumlah sebanyak 989 kes diikuti tuntutan pengesahan lafaz cerai (654 kes), tuntutan fasakh (310 kes), tuntutan pengesahan cerai taklik (21 kes) dan tuntutan khuluk atau tebus talaq (lima kes).
Menurut beliau sehingga kini, Melaka mempunyai 463 peguam syarie dan secara purata kira-kira 4,500 kes penceraian didaftarkan setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
![Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan - Ketua Hakim Syarie Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan - Ketua Hakim Syarie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574868397_NaimMokhtar.jpg)
Na'im Mokhtar (tiga, kanan) bersama peguam syarie yang menerima pentauliahan khas pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka pada Rabu. -Foto Bernama
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690907102_TBNaimMokhtar.jpg)
Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im
Proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan.
![Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan - Ketua Hakim Syarie Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan - Ketua Hakim Syarie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574868397_NaimMokhtar.jpg)
Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan - Ketua Hakim Syarie
Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan di negara ini bagi memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan baik sekali gus memperkukuh bidang kuasa institusi perundangan Islam.