Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baharu dikenal pasti dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Kunak Sabah iaitu Kluster Laut.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu, 12 September 2020:

1) Sebanyak 58 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 9,868 kes.

2) Lima kes import yang mendapat jangkitan luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara

3) 29 kes adalah warganegara Malaysia manakala 24 kes adalah bukan warganegara

4) Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 551 kes.

5) Satu kluster baharu dikenal pasti dalam kalangan PATI di Kunak Sabah iaitu Kluster Laut.

BACA: COVID-19: 58 kes baharu dilapor, Kluster Laut pula dikenal pasti