KUALA LUMPUR: Satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook hari ini, berkata kit berkenaan ialah Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co.,Ltd.
Sementara itu, menurut portal MDA, kit itu boleh didapati farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta.
"Penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 ini adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua keputusan ujian memerlukan pengesahan lanjut menggunakan RT-PCR," menurut MDA.
BACA: Dua kit ujian kendiri COVID-19 dapat kelulusan bersyarat - KKM
Sebelum ini, MDA memberikan kelulusan bersyarat kepada dua kit iaitu 'Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19' buatan syarikat tempatan, Reszon Diagnostics International Sdn Bhd dan satu lagi kit kegunaan rumah, Gmate(R) COVID-19 buatan Korea Selatan, yang diberi kelulusan, kepada Citymedic Sdn Bhd.
Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
Satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam. - Gambar fail/BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pelitup muka, kit ujian COVID-19 cukup di pasaran, harga berpatutan - KPDN Sabah
Pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian COVID-19 masih cukup di pasaran, antaranya di farmasi atau pasar raya.
Syarikat Roche bangunkan kit ujian kesan virus cacar monyet
Cacar monyet diandaikan menular daripada haiwan liar seperti tikus kepada manusia, atau daripada manusia kepada manusia.
COVID-19: Kit ujian pantas RTK alami pengurangan
Negeri yang mengalami kekurangan dijangka akan menerima bekalan dalam masa terdekat.
Kit ujian COVID-19 guna air paip boleh positif? Ini jawapan doktor
Biar Betul, Kit Ujian Covid-19 Guna Air Paip Boleh Positif? Ni Jawapan Dr. Sila Take Note!
Perkeso sediakan kit ujian kendiri kepada majikan - Saravanan
Bermula semalam, Perkeso membekalkan kit ujian saringan jenis RTK Antigen kepada majikan yang menjalankan proses saringan COVID-19 pekerja mereka.
Orang ramai dinasihat semak dengan MDA sebelum beli kit ujian kendiri dalam talian
Ini adalah untuk mengelak pengguna daripada ditipu dengan produk palsu yang boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan mereka.
Harga siling kit ujian COVID-19: Kerajaan beri tempoh seminggu - Rosol
Kerajaan bersetuju memberi tempoh penangguhan selama seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri COVID-19 bermula esok.
KPDNHEP kaji harga, kos kit ujian COVID-19 untuk tentukan harga patut runcit - Nanta
KPDNHEP bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengkaji harga dan kos kit ujian kendiri COVID-19 untuk menentukan harga patut runcit demi kepentingan pengguna.
YSIJ dan Singapura sumbang kit ujian RTK-AG untuk Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama kerajaan Singapura hari ini menyumbangkan 100,000 Panbio COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-AG) kepada Johor.
Persatuan Farmasi Malaysia persoal penjualan kit ujian COVID-19 di MySejahtera
Menurut Presiden MPS Amrahi Buang, penjualan kit ujian hanya menerusi satu platform adalah tidak adil bagi industri farmasi komuniti.