KUCHING:Kerajaan Sarawak masih meneliti perancangan untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sebelum ini sudah ada perancangan untuk membeli pegangan saham dalam syarikat penerbangan sedia ada.
Namun dengan pembelian pegangan itu, kata Abang Johari Sarawak hanya akan memiliki pegangan minoriti dan ia tidak membawa kesan kepada kelangsungan ekonomi negeri itu.
“Lebih baik memiliki syarikat penerbangan sendiri dan tiada liabiliti. Kami (kerajaan negeri) masih mengkaji dan bersetuju adanya keperluan untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri.
“Ini bagi menghubungkan lokasi strategik seperti Hong Kong, Korea, Jepun dan Australia,” kata Abang Johari.
Tambahnya dengan pewujudan syarikat penerbangan sendiri, ia akan menjadi pendekatan yang lebih strategik membawa masuk pelancong terus ke negeri itu.
“Syarikat penerbangan ini mungkin bukan 100 peratus milik kerajaan tetapi akan diwujudkan dengan penglibatan sektor swasta.
“Ini kerana penglibatan sektor swasta dalam syarikat penerbangan adalah penting dengan ikuiti daripada kerajaan negeri,” tambahnya.
Abang Johari berkata demikian dalam webinar anjuran Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) pada Isnin.
Astro Awani
Mon Nov 23 2020
![Sarawak teliti perancangan miliki syarikat penerbangan sendiri - Abang Johari Sarawak teliti perancangan miliki syarikat penerbangan sendiri - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606116906_AbangJohari.jpg)
Namun dengan pembelian pegangan itu, Sarawak hanya akan memiliki pegangan minoriti dan ia tidak membawa kesan kepada kelangsungan ekonomi negeri itu. FOTO: BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Sarawak teliti perancangan miliki syarikat penerbangan sendiri - Abang Johari Sarawak teliti perancangan miliki syarikat penerbangan sendiri - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606116906_AbangJohari.jpg)
Sarawak teliti perancangan miliki syarikat penerbangan sendiri - Abang Johari
Kerajaan negeri Sarawak masih meneliti perancangan untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri.