KUCHING:Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata negeri berhasrat untuk membekalkan gas petroleum cecair (LPG) ke Kalimantan, Indonesia selepas berjaya membekalkan tenaganya di sana.
Beliau berkata kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan permintaan daripada Gabenor Kalimantan yang telah menulis meminta Sarawak membekalkan LPG dan barang makanan yang penting seperti gula dan beras ke wilayah tersebut.
"Sebenarnya sudah ada perundingan antara kami dan Konsulat Jeneral Indonesia di sini yang akan diikuti dengan mesyuarat rasmi kami dengan Gabenor Kalimantan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan LPG Petroleum Sarawak Bhd (Petros) di sini pada Rabu.
Menurut beliau, terdapat banyak silinder LPG Petronas yang telah diedarkan ke rumah-rumah di sepanjang sempadan tetapi tiada aturan formal.
Justeru, Gabenor Kalimantan telah meminta untuk menjalin kerjasama dalam pembekalan gas memasak dan barangan keperluan lain.
Mengenai harga LPG Petros, katanya ia dijual dengan harga RM26.60 bagi satu silinder 14 kg selepas mendapat subsidi yang tinggi daripada kerajaan.
Beliau berkata harga di kawasan luar bandar mungkin lebih tinggi berikutan kos pengangkutan dan kerajaan negeri akan mencari jalan untuk memastikan pengedaran LPG yang cekap ke semua rumah di negeri ini.
Terdahulu, dalam ucapan, Abang Johari berkata Sarawak memegang 60 peratus daripada rizab petroleum dan gas negara, mewajarkan alasan untuk mewujudkan Petros pada 2018 bagi memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan industri.
Beliau berkata kerajaan negeri telah memberikan dua lesen kepada Petros pada awal tahun ini untuk penerokaan minyak dan gas, dan jika ini menghasilkan usaha yang berjaya, akan menyumbang pendapatan tambahan kepada dana negeri.
Sementara itu, Pengerusi Petros Tan Sri Hamid Bugo berkata dengan pelancaran LPG Petros pada Rabu, syarikat minyak dan gas milik negeri itu akan mula membekalkan LPG ke rumah, perniagaan dan industri di Sarawak pada 2021 bermula dengan Kuching dan Samarahan, dan diperluas ke seluruh negeri pada 2022.
"Kami bermula pada 1 Jan, 2020 - sebagai entiti tunggal untuk pembekalan, penjualan dan pengedaran gas asli kepada pelanggan domestik di Sarawak, dengan pemilikan dan pengendalian Bintulu and Miri Gas Distribution Systems dan Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020
![Sarawak rancang jual LPG, barang keperluan kepada Kalimantan Sarawak rancang jual LPG, barang keperluan kepada Kalimantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606114584_AbangJohariOpeng.jpg)
Abang Johari berkata Sarawak memegang 60 peratus daripada rizab petroleum dan gas negara. -Astro AWANI
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Kerajaan Persekutuan, Sabah masing-masing raih hasil petroleum RM23 bilion sejak 1976 - PMO Kerajaan Persekutuan, Sabah masing-masing raih hasil petroleum RM23 bilion sejak 1976 - PMO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672474614_TBPETRONAS.jpg)
Kerajaan Persekutuan, Sabah masing-masing raih hasil petroleum RM23 bilion sejak 1976 - PMO
Kerajaan Persekutuan dan Sabah telah menerima bayaran hasil petroleum berjumlah kira-kira RM23 bilion dari 1976 hingga separuh pertama 2024.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Julai 2024.
![Tiga puteri legenda Malaysia nama kapal baharu Petronas di Kanada Tiga puteri legenda Malaysia nama kapal baharu Petronas di Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685167796_Petronas.jpg)
Tiga puteri legenda Malaysia nama kapal baharu Petronas di Kanada
Petronas menamakan tiga kapal gas asli cecair (LNG) baharunya dengan nama Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong.
![Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717624408_WanJunaidi.jpg)
Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari
Katanya, ada pihak tertentu yang mempersoal tindakan Kerajaan Sarawak menguatkuasakan undang-undang berhubung pelarasan pengagihan gas.
![Md Akid tekad pertahan gelaran Cup Prix Malaysia Md Akid tekad pertahan gelaran Cup Prix Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717163821_MdAkidAzizJuara.jpg)
Md Akid tekad pertahan gelaran Cup Prix Malaysia
Juara bertahan kategori CP 150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Md Akid Aziz bertekad mempertahankan takhtanya dengan memenangi kesemua 10 pusingan pada musim ini.
![Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715597513_petros.jpg)
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
![Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715047401_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
![Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023 Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714512747_Petronas.jpg)
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
![Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710678834_TBDIANAMONDINO.jpg)
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
![Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710494071_LewisHamilton.jpg)
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.