SIBU: Sarawak memerlukan lebih ramai lagi penganalisis data mahir dalam kalangan rakyat tempatan, untuk menganalisis dan melindungi data-data strategik yang menjadi asas kepada kemajuan negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata data merupakan `minyak baharu' yang bernilai tinggi pada masa hadapan, untuk menjadi asas kepada kemajuan berterusan Sarawak.
"Kita memerlukan ramai penganalisis data yang boleh membaca dan melakukan pengekodan dan penyahkodan. Anda mempunyai data tetapi anda perlu tahu cara menterjemah data melalui proses pengekodan dan penyahkodan. Tetapi data adalah sesuatu yang berharga dan ia mesti dilindungi.
"Sepanjang perlindungan ini, kita juga memerlukan analisis keselamatan siber. Saya berharap bidang ini akan melindungi data strategik, data yang boleh menjadi asas untuk kita bergerak ke hadapan," katanya di Majlis Konvokesyen ketujuh Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini hari ini.
Abang Johari berkata beliau berharap rakyat Sarawak, dapat memperlengkapkan diri mereka dengan sebanyak mungkin kemahiran dan pengetahuan dalam penganalisaan data semasa, yang ada pada masa hadapan.
Beliau berkata graduan UTS juga perlu menceburi bidang robotik, khususnya dalam sektor pertanian dan reka cipta cip, di mana Sarawak pada masa kini amat memerlukan kepakaran seumpama itu.
Abang Johari berkata bidang robotik dapat menggantikan kerja-kerja yang dilakukan secara manual dalam pertanian sebelum ini.
Beliau berkata apabila sudah menggunakan mesin, sudah pasti turut melibatkan keperluan penggunaan cip yang merupakan antara komponen penting.
"Apabila anda mendapat mesin, anda memerlukan cip dan saya juga ingin rakyat Sarawak mempunyai kepakaran dalam reka cipta cip," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Abang Johari berkata bidang robotik dapat menggantikan kerja-kerja yang dilakukan secara manual dalam pertanian sebelum ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).
DBP nafi dakwaan berkaitan buku dibakar
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini menafikan kenyataan bertajuk 'Iban's literature and book were burned by Dewan Bahasa dan Pustaka' menerusi hantaran dalam Facebook Sarawak Public Feedback.
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Negeri Sarawak melihat peranannya selaku penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027 sebagai satu pelaburan yang boleh meningkatkan profil negeri itu di seluruh Asia Tenggara.