MIRI: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak menggesa agar negeri itu diberi kuasa khas untuk menyelesaikan isu kewarganegaraannya.
Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah menegaskan sebagai sebuah wilayah yang berautonomi kuasa itu wajar dianugerahkan kepada Sarawak agar isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.
Justeru beliau memohon agar Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat mengetengahkan isu ini kepada Perdana Menteri untuk diperhalusi di peringkat persekutuan.
“Sebagai sebuah wilayah yang berautonomi kita wajar diberi kuasa khas untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan ini diperingkat wilayah kita sendiri.
"Hal ini sangat penting agar anak-anak yang terkesan ini dapat menikmati hak asasi mereka, terutama sekali dalam bidang pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Sambutan Hari Wanita Sarawak 2022 di Hotel Pullman Miri pada Selasa.
Jelasnya lagi, dalam tempoh enam tahun sejak penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKSK) hanya 253 permohonan kewarganeraan di negeri itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Berdasarakan penubuhan JKSK, Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, dari tahun 2016 hingga 22 Oktober 2021 sebanyak 969 permohonan telah diterima, namun sehingga kini, hanya 253 telah dilulus, dan selebihnya masih dalam pertimbangan.
“Kenyataan yang amat menyedihkan adalah, sementara menunggu keputusan Menteri KDN, anak-anak ini ternafi daripada menerima atau menikmati hak kanak-kanak seperti hak mendapat pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan dan peluang mendapat bantuan kebajikan,”katanya.
Dalam majlis yang sama Fatimah mengusulkan beberapa perkara kepada kerajaan negeri untuk menambah baik program pembangunan dan kebajikan masyarakat khasnya kepada golongan wanita di Sarawak.
Antaranya menyediakan subsidi yuran untuk setiap anak keluarga B40 yang dihantar ke Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak swasta dan meningkatkan peratusan keterlibatan wanita dalam membuat keputusan menerusi pelbagai sektor.
“Sejak dasar “sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam” diperkenalkan pada tahun 2004, penyertaan wanita di peringkat Persekutuan telah melebihi sasaran 37% pada tahun 2020 tetapi untuk tempoh yang sama pencapaian Wilayah Sarawak masih di bawah 17%,” katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Mar 08 2022

Jelas Fatimah, sebagai sebuah wilayah yang berautonomi Sarawak wajar diberi kuasa khas untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan. - Astro AWANI

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Konvensyen PBB: Fatimah cadang pinda Perlembagaan, beri peluang sama rata kepada wanita
Fatimah Abdullah menyuarakan agar lebih ramai wanita muda berusia antara 29 hingga 40 tahun menyertai Pergerakan Wanita PBB bagi membolehkan golongan itu berada dalam kedudukan penting.

DUN Sarawak: Ibu bapa culas daftar kelahiran punca anak tiada dokumen pengenalan diri - Fatimah
Kerajaan Sarawak memandang serius malah sentiasa komited untuk mempercepatkan tempoh menunggu status permohonan kewarganegaraan, terutama yang melibatkan kanak-kanak di negeri ini.

Sarawak perlu diberi kuasa khas selesai isu kewarganegaraan - Fatimah
Datuk Seri Fatimah Abdullah menegaskan sebagai sebuah wilayah yang berautonomi kuasa itu wajar dianugerahkan kepada Sarawak agar isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera. .

GPS terus pertahan martabat wanita Sarawak - Premier
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, setiap rintangan haruslah diketepikan supaya tidak akan menghambat kemajuan kaum wanita.

Guru tadika dan taska perlu diberi keutamaan terima vaksin COVID-19 - Fatimah
Ini kerana tugas mereka memerlukan sentuhan, selain perlu berada berdekatan dengan murid.

"Meskipun terlantar sakit, saya paksakan diri bekerja untuk anak-anak..."
Nor Karmira Benny, seorang ibu tunggal cekal membesarkan lima anaknya meskipun terlantar di katil sejak Ogos tahun lalu kerana sakit.

Sarawak terima geran Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan KRT
Kerajaan negeri Sarawak menerima geran Kerajaan Persekutuan bernilai RM3,615,800.00 bagi menyokong pelaksanaan pembangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri itu.

PRN12 Sarawak: Pas tidak bertanding bukti persefahaman baik dengan GPS
Tindakan Parti Islam SeMalaysia (Pas) tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) memberi gambaran baik sokongan parti itu terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pembukaan semula tadika, patuh SOP atau diarah tutup di Sarawak
Pengusaha tadika dan taska seluruh Sarawak diarahkan untuk mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) sempena pembukaan semula tadika dan taska seluruh negara hari ini.

SOP pembukaan tadika bukan hanya di bahu pengendali
Semua operator tadika dan taska serta ibu bapa di Sarawak digesa untuk melakukan perjumpaan bersama bagi menetapkan kesesuaian pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).