Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mencadangkan undang-undang baharu untuk mengetatkan kawalan wabak rabies dan program pembasmian.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing 2018 yang baharu akan memperkenalkan langkah-langkah untuk mengawal selia pengurusan haiwan tersebut.
"Mesyuarat dua hala antara Majlis Keselamatan Negara (MSN) dan Pihak Berkuasa Keselamatan Indonesia akan diadakan tidak lama lagi untuk membincangkan kerjasama bagi kawalan pergerakan anjing yang lebih efektif antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu di sini pada Selasa.
Beliau berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk melaksanakan Langkah-langkah Kawalan Rabies oleh Angkatan Tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Sarawak-Kalimantan telah diluluskan dan pihak berkuasa tempatan juga diarahkan untuk menguatkuasakan undang-undang kecil termasuk memastikan pemilik anjing mempunyai lesen.
Uggah yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata penduduk dan agensi-aensi berkaitan juga akan mengadakan sekatan jalan dari semasa ke semasa untuk menghalang pergerakan haiwan tersebut.
"Mengikut Ordinan Kesihatan Awam 1999, adalah menjadi kesalahan untuk membawa keluar anjing tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa veterinar negeri dari kawasan yang dijangkiti wabak Rabies di negeri ini.
"Penalti bagi kesalahan ini ialah denda RM5,000 dan penjara tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," kata Uggah.
Beliau juga berkata kawalan populasi anjing juga akan ditingkatkan dan pemilik haiwan diingatkan supaya tidak melepaskan anjing mereka dan memastikan haiwan peliharaan itu berada dalam pekarangan rumah.
"Saya telah mengeluarkan Perintah Pemvaksinan Anti Rabies dan juga mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk meningkatkan program vaksinasi bagi meliputi kawasan luar bandar di negeri ini.
Menurut Uggah terdapat kira-kira 300,000 anjing di Sarawak dan setakat ini, lebih 85,000 ekor anjing di seluruh Sarawak telah diberikan suntikan vaksin.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Sarawak juga telah menubuhkan Klinik Gigitan Anjing di Sibu, Kapit and Miri Hospital.
Uggah berkata pihak berkuasa serius dalam usaha untuk membasmi wabak rabies dan menambah sebanyak 10,509 ekor anjing telah "ditidurkan"/dihapuskan sementarab lebih 100,000 vaksinasi dilakukan melibatkan kos RM26 juta bagi program kawalan rabies di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 02 2018
![Sarawak ketatkan kawalan wabak rabies Sarawak ketatkan kawalan wabak rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534908612_RABIESDIKUCHING.jpg)
Terdapat kira-kira 300,000 anjing di Sarawak dan setakat ini, lebih 85,000 ekor anjing di seluruh Sarawak telah diberikan suntikan vaksin. - Foto fail
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705932071_DouglasUggahEmbas.jpg)
Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah
Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mendapatkan persetujuan.
![Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704754842_TBUKAS.jpg)
Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini
Kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Kuching pada Isnin.
![Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681626345_TBunggah.jpg)
Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah
Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok.
![Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692808573_DatukAmarDouglas.jpg)
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
![Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681626345_TBunggah.jpg)
Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan
IBET yang ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin di sepanjang kawasan sempadan Sarawak juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
![Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671791869_DouglasUggahEmbas.jpg)
Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak telah menerima senarai 92 projek infrastruktur bernilai RM1.092 bilion daripada kerajaan Persekutuan.
![Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671791869_DouglasUggahEmbas.jpg)
Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah
Kontraktor yang berjaya mendapatkan tender bagi projek kerajaan di Sarawak wajib memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas pelantikan.
![Banjir Sarawak: PPS tutup sedia dibuka semula jika diperlukan - Uggah Banjir Sarawak: PPS tutup sedia dibuka semula jika diperlukan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672036513_TBunggah.jpg)
Banjir Sarawak: PPS tutup sedia dibuka semula jika diperlukan - Uggah
Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya telah memberi arahan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Residen di setiap bahagian untuk bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan.
![Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670322193_ProjekjambatanRam.jpg)
Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah
Kontraktor projek Jambatan Rambungan diminta segera siapkan projek berkenaan yang lewat hampir tiga tahun berbanding jadual asal.
![Tiada kes subvarian XBB dilaporkan di Sarawak Tiada kes subvarian XBB dilaporkan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667293529_COVID.jpg)
Tiada kes subvarian XBB dilaporkan di Sarawak
Sarawak akan terus melakukan pengawasan ketat walaupun tiada kes subvarian COVID-19 XBB dilaporkan di negeri itu setakat hujung September 2022.