KUCHING: Sarawak kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, tetapi tidak melaksanakan 'total lockdown' kepada sektor ekonomi dan sosial seperti yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
"Kita berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: 'Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri
Lewat petang Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat, katanya.
Azizah Alwi
Fri May 28 2021
Abdul Karim berkata, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Pelarasan gaji, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.
Pelabur asing kembali, catat belian bersih RM299.6 juta
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia berikutan jualan besar-besaran pada minggu lepas dan mencatat pembelian bersih ekuiti Malaysia berjumlah RM299.6 juta.
Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin
Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin.
Telur goreng disyaki punca keracunan makanan di SBP
Keracunan makanan melibatkan 32 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Terengganu disyaki berpunca daripada telur goreng yang didakwa telah berubah bau dan rasa.
Perdagangan meningkat 18.3 peratus pada Julai
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Julai 2024, meningkat 18.3 peratus, kadar terpantas dalam tempoh 21 bulan. Menurut perangkaan terkini Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dari segi nilai, ia berjumlah RM255.88 bilion, nilai perdagangan tertinggi direkodkan sejak Oktober 2022.
MITI sasar tarik pelaburan RM300 bilion menjelang 2030
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau (GIS).
5.9 peratus jauh baik daripada kebanyakan negara Asia - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pencapaian yang memberangsangkan itu dicapai hasil kesepakatan semua termasuk Kerajaan Persekutuan, Negeri, pihak swasta serta rakyat.
Kerajaan lancar PuTERA35, angkat martabat Bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras sejajar dengan Ekonomi Madani iaitu pertama, memperkukuh pasak ekonomi negara; memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi; serta menegakkan keadilan sosial.
Sasar warga China, Thailand, sindiket ejen haram tawar perkhidmatan imigresen 'online' tumpas
JIM berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial yang beroperasi selama sebulan.
Pelanggaran kapal, China dan Filipina saling tuding jari
Filipina dan China menuding jari antara satu sama lain dalam kejadian rempuhan kapal yang berlaku di kawasan yang dipertikaian di Laut China Selatan yang berlaku pada awal Isnin.
Sarawak kekal PKP, tidak 'lockdown' sektor ekonomi dan sosial
Sarawak kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, tetapi tidak melaksanakan 'total lockdown' kepada sektor ekonomi dan sosial.
Pelaksanaan PKP beri kesan kepada ekonomi Sarawak - Abang Johari
Keputusan Sarawak untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu adalah untuk memastikan sektor ekonomi berjalan seperti biasa.